Hoho Angry Anime Smiley

Thursday, December 30, 2010

Lama ..

Hey hey korang, sorry lah baru sempat update blog ni. Ish, baru sempat ke malas hah? HAHA. Memang pun terasa malas sangat untuk aku update blog sekarang ni. Tapi di sebabkan dah lama aku tinggalkan nya, so kali ini aku update lah sebelum menjelang tahun baru iaitu tahun 2011. APA? 2011? Alamak, dengan rasminya aku menjadi calon SPM 2011. Cepat sungguh masa berlalu ye. Tahun 2010 ini terasa sekejap diharungi dan tinggal lagi sehari maka berakhirlah kehidupan 2010 aku yang bergelar pelajar tingkatan empat. Masa dirasai berlalu dengan sungguh cepat, pejam celik pejam celik dah nak masuk 2011. Apa apa pun tahun 2010 ni banyak kenangan yang terjadi dan dihadapi bersama teman temanku. 




....................................................................................





Sepanjang cuti persekolahan kali ini banyak masa aku dihabiskan dengan bercuti ke Kuala Lumpur dan Kemaman(Chukai). Sepanjang di Kuala Lumpur aku hanya menghabiskan masa dengan berjalan sekitar bandar Kuala Lumpur iaitu sekitar Bukit Bintang. Aku berada di sana lebih kurang 4,5 hari sahaja. Sebaik pulang ke Kota Bharu, aku meneruskan percutian di Kemaman pula. Aku berada disana selama seminggu. Pelbagai kerenah kehidupan orang orang disana dapat aku lihat. Nasib baik lidah ku ini lembut dapat bercakap loghat orang sana. HAHA. Walaupun bunyinya agak pelik dengan ada 'kang' kat setiap perkataan tu seperti 'ikang', tetapi agak menyeronokkan. HAHA. Disana aku banyak menghabiskan masa dengan mengadap laptop HP yang baru itu. Sambil on9 Facebook sambil aku menonton rancangan rancangan menarik di Astro B-yond itu. Semakin lama disana, semakin banyak tempat aku kunjungi. Sempat juga ke Kuantan pada hari Jumaat dan Ahad. Di Kuantan kami hanya ke East-Cost Mall, pusing pusing sekitar shopping complex itu pun sudah memenatkan. Yang bestnya masa kami pergi tu tengah ada "SALE" sempena Krimas. Harga yang diberikan berpatutan dengan barangan yang dijual. Semakin hari semakin dekat masa untuk aku pulang ke Kota Bharu, tiba malam Isnin lepas aku menaiki bas Expres Perdana tepat jam 11.50pm (bas lambat, sepatutnya 11.30pm). 




...........................................................................................





Kini aku di negeri kelahiranku, dan bersedia untuk memulakan perjalanan hidup sebagai calon SPM 2011 bermula 2 Jan 2011 ini. Aku berharap agar tahun ini aku dapat menumpukan sepenuhnya perhatian terhadap pelajaran dan ingin mengecapi keinginanku untuk terus berjaya dalam hidup. Korang jangan lupa doakan aku ye. Dengan itu setakat ini coretanku buat kali ini. Nanti aku akan terus update blogku ini. Korang jangan lupa juga singgah dan tengok tengok ye. 


p/s :: kalau korang nak tengok gambar, tengok aje kat Facebook aku , search R Mohamad Aizuddin. Kat situ ade banyak gambar gambar yang aku upload.


Sekian.

Wednesday, December 15, 2010

Everytime....

Heyyy heyy , korang semua .... Im sorry sangat sangat .... Kenape ? Yelah , dah bertahun tak update blog nie ....(ciss, padahal berhari jek).... Bukan ape , aku sekarang ni sibuk .... Sibuk ? Haaa , bukan sibuk study (ade jugak ye study) tapi sibuk bercuti .... HAHA .... 


Hari Jumaat yang lepas aku bersama keluarga ke Kuala Lumpur (nak g mane lagih un) .... Then , my parents balik on Sunday while aku dengan adik balik on Tuesday (baru sampai pagi tadi lah ni) .... 


Best gilerr lah , serius aku cakap sebelum ni tak pernah aku pusing bandar KL tapi pada kali ni aku bersama teman aku ronda ronda bandar Kuala Lumpur .... Aku just follow dye aje sebab aku mana lah tahu nak naik komuter ke LRT ke Star ke or pape je lah .... So kita org pusing sekitar Bukit Bintang (Pavillion ohh) HAHA .... Kebetulan tak lama lagi un Krismas so setiap Shopping Complex yang kami masuk mesti ada hiasan hiasan Pine Tree ni .... HAHA .... Dah pusing pusing dalam Pavillion uh sampai aku pening ooo .... Nak tahu kenapa pening ? Sebab dah la org ramai then kawasan tu mane aku biasa kejap ke utara kejap ke selatan , ish pening pening .... Tu yang siang hari punya cerita .... 


Malam nya pula , kami g tengok TGV (wayang lorh) huhu .... Best lah jugak un , tengok cerita Narnia (best lagi kalau dpt tgok yg 3D) .... Apa apa pun memang best lah kali ni .... Aku harap next time aku dapat kuar jalan jalan dengan dye lagi .... Terasa sekejap je waktu berlalu , bagai baru sebentar tadi kita berpisah .... Sedih pilu sayu hendak meninggalkan mu .... Harap juga aku dapat bertahan untuk menghadapi SPM(2011) dan selepas itu aku mahu ke sana untuk bersama mu ....


Sometimes I want to hug you
Sometimes I want to kiss you
Sometimes I want to push with you
Sometimes I want to sleep with you
Sometimes I want to walk with you
:: but EVERYTIME I want be together with you ::
^,^

Saturday, December 4, 2010

Edit Photo Contest !!!!

Salam ,


         Weyh korang .... Sihat ea belaka ? Mesti sihat unn , kalau tak korang tak dapat lah nak visit blog aku nieh .... Ok ok , first of all kita rujuk pada tajuk entry kali nieh .... Haaa , yeahh contest lahhh .... Eyh , kejap kejap , contest ni bukan aku yang anjurkan ye .... Aku hanya joint jer , mane lahh tahu kan menang ke .... HAHA .... Tak mengharap sangat menang , cukup lah bagi aku dapat join contest nie .... Ok ok , contest nie di anjurkan oleh cik yang manis ni Qaseh Dalia Adelia .... Bagi korang yang mane nak join (eh, meh r join ...)  boleh lah klik klik kat banner yang dah penganjur utuskan nie ....







Haaa , tengok tuh banner un dah secantik dengan tuan penganjur sendiri .... hehe .... Hurmm , untuk syarat syarat penyertaan korang rujuk je lah dekat blog Cik Qaseh kita uhh .... Tak larat nak letak satu satu .... hehe .... Ok ok , aku just edit satu je gambar .... Satu un dah cukup lahh , banyak banyak nanti kan susah pulak pihak penganjur nak tengok .... Baik lah , kat bawah ni aku letak gambar yang sebelum vs selepas di edit ....



Before/Sebelum

::
::
::
::
::

After/Selepas




Tu je lah yang mampu aku buat , hurm software dirahsiakan but ape yang telah aku edit ? Ok , aku bagi tahu antara nya aku edit bloom , backlight , effect , margin , and apa apa yang ada kat situ .... HAHA .... Oklah , setakat ni entry aku untuk kali ni .... Hurm , opss tertinggal satu lagi .... 


Aku nak tag ::

1 ) amni 
2 ) emat
3 ) dinie 
4 ) nazz 


Korang pun try laa join sekali ye .... Baru ade persaingan , ok ok .... Selamat mencuba semua