Hoho Angry Anime Smiley

Friday, June 22, 2012

Post Pertama Tahun Ini :)

Assalamualaikum ..


Alhamdulillah , alhamdulillah aku ucapkan .. Selama 6 bulan aku tidak meng'update' blogku ini .. Namun sepanjang tempoh itu telah banyak perkara aku harungi sehinggalah malam ini , ya sehingga malam ini hati sayup :( .. Nampaknya inilah satu satunya post yang pertama dalam tahun ini .. Maaf kawan kawan , tiada kesempatan untuk aku meluangkan masa dengan ruangan ini -,0

Namun selepas ini , InsyaAllah jika ada masa akanku coretkan disini untuk meluahkan apa yang terpendam dihati ini .. Untuk ku lepaskan semuanya , tiada tempat mahu ku mengadu melainkan diblogku ini ..

Okey lah , see you guys soon :) 
CHILL !





Sunday, November 20, 2011

SAP Venture I

Assalamualaikum . . .


Mungkin ramai yang tertanya tanya apakah maksud entri kali ye ? SAP ? Venture ? I ?

 Ape semua niii ??!!

Sabar sabar , jangan merapu ikut suka hati korang . Nanti dulu ! 

Kalau korang nak tahu korang klik la link yang ada kat bawah ni ye .


Baca faham dan fikir fikirkan ! 

Nantikan entri terbaru dari saya :)


Thursday, October 13, 2011

Sebulan -,-

Assalamualaikum . . . .


Sebulan dari sekarang . Betul tu tepat jam 12.00 tengah malam nanti cukuplah hanya tinggal sebulan lagi sebelum menjelang peperiksaan SPM . Aku tidak sabar untuk menghabiskan peperiksaan tersebut kerana sudah malas mahu menyerabutkan kepala dengan segala benda yang harus aku simpan ini . Sediakah aku ? Walaupun aku tidak bersedia sepenuhnya lagi , InsyaAllah aku akan berusaha bersungguh sungguh untuk mencapai keinginanku . 

Hidup cuma sekali !! Ya , betul tu hidup cuma sekali . Kerana itulah aku ingin menjadi insan yang berjaya kelak . Dengan itu aku harus mulakan sekarang . Doa , berkat ? Itu perlu ada dalam menjalankan kehidupan seharian kita . Semoga aku dapat melalui hari hari dalam sebulan ini dengan baik dan tenang . Supaya aku dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran aku . Hanya SEBULAN ! Betul tu sebulan saja lagi yang tinggal . Aku akan habiskan sisa sisa sepanjang hari itu untuk mengejar impian aku . 
InsyaAllah


... Byebyebye ...

Wednesday, October 12, 2011

Pagi Itu Indah -,-

Assalamualaikum . . . .


Pagi itu Indah ! Ya sungguh indah . Alhamdulillah , hari ini dapat juga aku mencelik mata untuk menikmati suasana indahnya ciptaan Ilahi . Aku masih diberikan kesempatan untuk terus hidup di atas dunia yang sementara ini . 

Udara yang segar dapat dihirup lagi . Breakfast ? Hmm , hanya minum beberapa teguk susu segar pagi ini . Tidak mengapa , susu pun dan cukup kenyang bagiku . Okay , aktiviti hari ini seperti biasa iaitu ke hospital menjaga kakak aku lepas itu balik . Begitulah yang aku lalui sepanjang 3 hari aku disini . 

Pulang pulang pulang !! Aku ingin pulang ke tempat yang sepatutnya aku berada sekarang ini . Namun aku harus berada disini buat sementara waktu . InsyaAllah esok aku akan pulang ke tempat kelahiran aku . Dan aku akan ke kota yang sibuk ini semula selepas aku menghabiskan pengajian nanti . 
. Amin amin amin .


... Byebyebye ...

Tuesday, October 11, 2011

Kisah Hati -,-

Assalamualaikum . . .


Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu
Menyempurnakan aku
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Ayoyoyo , nyanyi pulak aku kali ni kan ? kan ? kan ? No , sebenarnya tajuk entri hari ini tidak ada kena mengena dengan lirik lagu itu sebenarnya . Aku just copy and paste jer lirik tu (kan dah kantoi).

Okay , hari ini aku berada ... berada ... berada diatas kerusi ! HAHAHAHA (tak perlu la buat lawak kan?) Sebenarnya aku sekarang berada di Hospital Ampang Kuala Lumpur . Kuala Lumpur , ya sekali lagi aku menjejakkan kaki di sini . Tapi tidak hairan jika berada di sini tetapi ini adalah kali kedua aku berada di Hospital ini . Ya , Hospital ini sekali lagi aku kunjungi . Kenapa ? Kenapa aku berada disini ? Aku jejakkan kaki disini untuk melawat kakak kesayangan yang kini dirawat disini . Agak memilukan apabila melihat keadaan kakak aku yang kurus kering akibat tidak dapat makan selama 2 minggu semenjak hari kemasukan dia kesini . Kakak aku tidak dapat makan disebabkan usus perutnya yang sakit dan menyebabkan untuk diperiksa .

Sedih , sedih dan sedih !! Ya aku sedih melihat dia dalam keadaan sebegitu . Namun aku tidak dapat membantu selain memberikan semangat , dorongan dan nasihat . Doa ? Setiap masa , ketika dan detik aku akan berdoa kepada Ilahi memohon agar kakak aku sembuh dan dapat menjalani kehidupan sehariannya seperti biasa .

Doa , doa dan terus berdoa kepadaNya . Itu yang hanya mampu aku lakukan buat masa sekarang . Aku pula akan menduduki peperiksaan SPM yang tinggal hanya sebulan dari sekarang . Disebabkan itu aku tidak dapat menemani dia disini agak lama kerna harus meneruskan persekolahanku yang tertangguh sebelum ini . Hati aku tidak tenang semasa berjauhan dengannya . Aku sentiasa tertanya tanya "Mengapakah semua ini harus berlaku kepada aku?" Namun kita tidak boleh menyalahkan takdir Allah . Takdir yang Allah telah tetapkan . Aku hanya mampu redha dan pasrah menerimanya .

Hati ini menangis semahu mahunya melihat keadaan kakak aku yang terpaksa menempuhi dugaan yang diberikanNya . Aku tidak mampu berbuat apa apa . Hanya mampu menangis menangis dan terus menangis . Air mata mengalir tanpa henti setiap kali tangan ini ditadahkan untuk berdoa .
. Amin amin amin yarabilalamin .

... Byebyebye ...




Sunday, October 9, 2011

Sejenak . . .

Assalamualaikum ,


Heyy , apa khabar korang semua ? Sihat ? Alhamdulillah semoga korang sihat dan bahagia menjalani kehidupan seharian yang korang alami sekarang ini . Tapi aku ? Sihatkah aku ? Bahagiakah aku ? Ataupun siapa aku yang sebenarnya ? Aku sendiri pun tidak pasti , entah semua persoalan itu ada jawapannya ataupun tidak . 

..........................................................
..........................................................
..........................................................

Baiklah , kita lupakan semua yang menjadi persoalan pada hari ini seperti diatas sana sebentar tadi . Ayuh kita sama sama mulakan hidup baru .

SEJENAK , aku berfikir mengapakah semua yang berlaku ini harus terjadi kepada diriku ? Mengapakah semua ini harus aku yang laluinya ? Mengapakah mesti 'time' begini harus aku hadapi ? Begitu banyak yang aku mempersoalkan dalam SEJENAK sahaja . Mungkin semua itu mempunyai jawapannya sendiri . Ia , betul ianya mempunyai sebab sebab dan iktibar daripada semua yang berlaku ini . Aku tidak pernah cuba untuk menyalahkan takdir , tetapi aku redha menghadapinya . Aku pasrah , namu kekadang mungkin jiwaku yang bercelaru membuatkan aku menjadi tidak keruan .

Aku tertekan , tertekan dan tertekan . Namun apa yang harus aku lakukan sekarang ini , hanyalah menumpukan sepenuh perhatian untuk mencapai impian aku pada masa hadapan nanti . 

. Amin amin amin . 
Semoga aku dapat menjalani kehidupan ini seperti sediakala . 

... Byebyebye ...



Monday, September 5, 2011

Raya Datang Lagi ! :)

Assalamualaikum...

Walaupun hari ni dah masuk raya ke-7 tapi rasanya masih belum terlewat untuk aku mengucapkan Salam Lebaran 2011 buat semua kekawan , pembaca blog aku dan muslimin/muslimat yang turut merayakan hari mulia umat Islam.. Cuti sekolah pun dah berakhir dan sekarang aku perlu fokus untuk peperiksaan percubaan SPM dan peperiksaan SPM yang sebenar akan mendatang tak lama lagi.. 


:: gambar diambil selepas solat sunat aidilfitri ::


Raya tahun ini tidak terasa kehangatannya buat aku.. Mungkin ini semua kerna aku ada tugas yang perlu dilaksanakan iaitu memberikan perhatian pada peperiksaan yang bakal aku hadapi nanti.. Walaubagaimanapun , raya tahun ini cukup meriah seperti tahun tahun sebelum ini.... Duit raya ? Hmm , dapat lar sedikit sebanyak dari keluarga terdekat , tapi tak de lah sampai beratus ratus pulak.. 
open house rumah member : raya ke-4 :


Untuk pengetahuan semua , jika anda anda ingin datang beraya dirumah aku (bermula tahun depan) korang datang lar raya pertama ye , sebab rumah aku hanya raya pertama jer ada makanan sedap sedap ni , lepas tu biskut raya dengan sirap jelah korang dapat kalau selain hari itu.. HAHAHA .. So kalau korang nak makan nasi dagang, satay, kuzi dan lain lain datang ler raya pertama (dah terlewat baru nak jemput) 

kat PCB : raya-4 :

... Byebyebye ...




Saturday, August 6, 2011

Baby Girl ! :)

Assalamualaikum ,

Selamat berkunjung kembali pada semua pembaca blog Hembusan Terakhir ini , :) mungkin nama blog ini tidak sehebat blog blog lain namun aku bersyukur kerana aku berjaya untuk menulis blog ini walaupun tidak ramai yang mengenali aku . 

Sedikit pembukaan diatas nampaknya sudah cukup :) kita berbalik pada tajuk entri kita iaitu Baby Girl ! Haa , korang nak tahu , nampaknya bilangan ahli keluarga aku semakin bertambah . 
Yeah yeah ! 

Baby Girl !


Yeah , itu la kalau korang nak kenal anak saudaraku yang ketujuh (kalau tak silap) . Comel kan ? Sebijik kot macam muka abang dia . Rambut pun mencacak tuhh , kalah rambut aku .
HAHAHA

Okey , ape nama si Baby Girl ni ? Erk (nanti aku interview kakak aku) Okey ? See you soon .


p/s :: tak sabar tunggu baby girl balik Kota Bharu :)

... Byebyebye ...




Tuesday, August 2, 2011

Ramadhan Datang Lagi

Assalamualaikum ,


Setelah tiga hari kita berpuasa mungkin tajuk entri di atas sudah lapuk untuk dinyatakan dalam ruangan blog ini . Walaubagaimanapun aku akan tetap meneruskan entri kali ini bagi menyambut ramadhan pada tahun ini agar lebih bermakna dari tahun tahun sebelum ini . 

Sebelum ini mungkin tiada masa untuk aku menulis atau mencoret di dalam ruangan yang tersedia ini namun hari ini akanku tulis dan aku juga ingin mengucapkan pada semua umat Islam di atas muka bumi ciptaan-Nya ini dengan ucapan Selamat Menyambut Ramadhan .

Ramadhan sering kita dengar namun pernah kita teliti apa disebalik perkataan itu ? Biasanya kesemua orang hanya menganggap puasa hanyalah sekadar berlapar dan tahan dahaga sahaja . Namun bagi mereka yang melalui bulan yang mulia ini dengan penuh rasa keinsafan akan dapat merasakan nikmat sebenar puasa . Puasa juga membuatkan kita agar kita menahan dari mengeluarkan kata kata kesat seperti mencarut tidak tentu hala .

Perbuatan perbuatan yang tidak baik akan dapat diatasi apabila berpuasa namun sesetengah manusia yang tidak lari dari bisikan syaitan akan tetap melakukannya tanpa menghiraukan orang lain mahupun tempat dan masa . Dengan itu , kita seharusnya pandai menjaga akhlak diri sendiri terutama apabila berhadapan dengan bulan yang mulia ini . 

Kata kata akhir aku pada kali ini , marilah kita sama sama menyambut dan berpuasa dengan penuh rasa nikmat dan kesyukuran  agar kita memperolehi apa yang dihajati . 
Amin 

Sekian untuk entri kali ini , :)

... Byebyebye ...


Saturday, July 9, 2011

Kala Aku Keseorangan

Assalamualaikum w.b.t ,




Aku ! Ye aku , siapa lagi kalau bukan aku iaitu pemilik blog Sehingga Hujung Nyawa. Aku dilahirkan dalam keluarga yang sederhana , tidak kaya dan tidak mampu untuk membeli apa sahaja yang aku inginkan. Jika aku menginginkan sesuatu pastinya aku perlu berusaha keras dan gigih untuk mencapai keinginanku itu. Tetapi harta tidak menjadi penghalang buat keluargaku untuk terus hidup. Aku dibesarkan dengan kesederhanaan oleh kedua ibubapaku. Mereka mahu anak anak mereka belajar untuk hidup dikala kesusahan suatu hari nanti dan belajar untuk berdikari pada suatu masa nanti. Mereka mahukan yang terbaik buat anak anak mereka termasuk aku. Selama berbelas tahun aku dibesarkan kini aku genap usia 17 tahun 5 bulan. Hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi untuk aku berhadapan dengan peperiksaan SPM yang akan bakal aku duduki. Peperiksaan ini akan menunjukkan kebolehan aku sebagai seorang pelajar yang sekian lama menuntut ilmu. Ianya juga akan merubah kehidupan aku pada suatu masa nanti. Dengan ini aku harus menunjukkan dan membuktikan pada semua orang bahawa aku mampu lakukannya.

Apa yang aku inginkan pasti kedua ibubapaku penuhi namun tidak kesemuanya dapat aku miliki. Ye , HARTA dapat memberikan segala gala buat manusia ! Namun bagi aku HARTA itu tidak mampu membeli kasih sayang dan nyawa seseorang apatah lagi ibubapa kita sendiri. Semuanya telah aku terapkan dalam hati dan sentiasa dalam ingatanku. Alhamdulillah aku membesar dengan penuh kasih sayang dan bimbingan agama dari kedua orang tuaku. Mereka telah banyak menyumbang tenaga, masa mahupun wang ringgit untuk aku hidup selama beberapa belas tahun ini. 

Kembali pada usiaku yang kini 17 tahun 5 bulan. Aku mampu untuk melakukan sesuatu yang amat berat dan aku juga mampu untuk berfikir dengan waras. Aku dapat membezakan yang mana buruk yang mana baik. Aku bersyukur kerana aku tidak dibesarkan dalam kemewahan yang mampu membuat diriku alpa dengan duniawi ini. Kadang kala aku berfikir dan termenung keseorangan , "berapa lamakah lagi aku hidup di dunia ini" "apakah aku bisa menjadi seorang manusia yang berjaya dan berguna seperti orang orang sebelumku?" 

Apakah aku bisa lakukan semua itu dan kecapinya ? Aku sendiri tidak tahu mampu atau tidak aku lakukan. Namun aku akan cuba untuk berusaha demi mendapat kehidupan yang lebih baik untuk diriku sendiri. 
Insya-Allah.

Aku juga kadang kala terpikir , "apakah bisa aku mencapai impianku sebagai seorang Pereka Dalaman , dan mempunyai butik impianku sendiri?? YA ! Aku mahu menjadi salah seorang Pereka Dalaman yang terkenal dan mempunyai butik pengantin aku sendiri. Insya-Allah aku akan cuba untuk merealisasikan impianku yang setelah sekian lama aku impikan. Kini apa yang harus aku lakukan ialah belajar dengan bersungguh sungguh dan buktikan pada semua orang terutama keluarga aku bahawa aku mampu menjadi seperti orang lain.

Dengan nama ALLAH yang Maha Besar lagi Maha Penyayang, aku memohon kepadamu berikan aku ketenangan dan kejayaan dalam hidup ini sama ada di dunia mahupun di akhirat. 

Begitulah aku yang dilahirkan sejak dulu hingga kini. Apa yang aku inginkan akan aku cuba dapatkan.
Amin

bersambung......