Hoho Angry Anime Smiley

Thursday, October 13, 2011

Sebulan -,-

Assalamualaikum . . . .


Sebulan dari sekarang . Betul tu tepat jam 12.00 tengah malam nanti cukuplah hanya tinggal sebulan lagi sebelum menjelang peperiksaan SPM . Aku tidak sabar untuk menghabiskan peperiksaan tersebut kerana sudah malas mahu menyerabutkan kepala dengan segala benda yang harus aku simpan ini . Sediakah aku ? Walaupun aku tidak bersedia sepenuhnya lagi , InsyaAllah aku akan berusaha bersungguh sungguh untuk mencapai keinginanku . 

Hidup cuma sekali !! Ya , betul tu hidup cuma sekali . Kerana itulah aku ingin menjadi insan yang berjaya kelak . Dengan itu aku harus mulakan sekarang . Doa , berkat ? Itu perlu ada dalam menjalankan kehidupan seharian kita . Semoga aku dapat melalui hari hari dalam sebulan ini dengan baik dan tenang . Supaya aku dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran aku . Hanya SEBULAN ! Betul tu sebulan saja lagi yang tinggal . Aku akan habiskan sisa sisa sepanjang hari itu untuk mengejar impian aku . 
InsyaAllah


... Byebyebye ...

No comments:

Post a Comment