Hoho Angry Anime Smiley

Sunday, November 20, 2011

SAP Venture I

Assalamualaikum . . .


Mungkin ramai yang tertanya tanya apakah maksud entri kali ye ? SAP ? Venture ? I ?

 Ape semua niii ??!!

Sabar sabar , jangan merapu ikut suka hati korang . Nanti dulu ! 

Kalau korang nak tahu korang klik la link yang ada kat bawah ni ye .


Baca faham dan fikir fikirkan ! 

Nantikan entri terbaru dari saya :)


Thursday, October 13, 2011

Sebulan -,-

Assalamualaikum . . . .


Sebulan dari sekarang . Betul tu tepat jam 12.00 tengah malam nanti cukuplah hanya tinggal sebulan lagi sebelum menjelang peperiksaan SPM . Aku tidak sabar untuk menghabiskan peperiksaan tersebut kerana sudah malas mahu menyerabutkan kepala dengan segala benda yang harus aku simpan ini . Sediakah aku ? Walaupun aku tidak bersedia sepenuhnya lagi , InsyaAllah aku akan berusaha bersungguh sungguh untuk mencapai keinginanku . 

Hidup cuma sekali !! Ya , betul tu hidup cuma sekali . Kerana itulah aku ingin menjadi insan yang berjaya kelak . Dengan itu aku harus mulakan sekarang . Doa , berkat ? Itu perlu ada dalam menjalankan kehidupan seharian kita . Semoga aku dapat melalui hari hari dalam sebulan ini dengan baik dan tenang . Supaya aku dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran aku . Hanya SEBULAN ! Betul tu sebulan saja lagi yang tinggal . Aku akan habiskan sisa sisa sepanjang hari itu untuk mengejar impian aku . 
InsyaAllah


... Byebyebye ...

Wednesday, October 12, 2011

Pagi Itu Indah -,-

Assalamualaikum . . . .


Pagi itu Indah ! Ya sungguh indah . Alhamdulillah , hari ini dapat juga aku mencelik mata untuk menikmati suasana indahnya ciptaan Ilahi . Aku masih diberikan kesempatan untuk terus hidup di atas dunia yang sementara ini . 

Udara yang segar dapat dihirup lagi . Breakfast ? Hmm , hanya minum beberapa teguk susu segar pagi ini . Tidak mengapa , susu pun dan cukup kenyang bagiku . Okay , aktiviti hari ini seperti biasa iaitu ke hospital menjaga kakak aku lepas itu balik . Begitulah yang aku lalui sepanjang 3 hari aku disini . 

Pulang pulang pulang !! Aku ingin pulang ke tempat yang sepatutnya aku berada sekarang ini . Namun aku harus berada disini buat sementara waktu . InsyaAllah esok aku akan pulang ke tempat kelahiran aku . Dan aku akan ke kota yang sibuk ini semula selepas aku menghabiskan pengajian nanti . 
. Amin amin amin .


... Byebyebye ...

Tuesday, October 11, 2011

Kisah Hati -,-

Assalamualaikum . . .


Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu
Menyempurnakan aku
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Ayoyoyo , nyanyi pulak aku kali ni kan ? kan ? kan ? No , sebenarnya tajuk entri hari ini tidak ada kena mengena dengan lirik lagu itu sebenarnya . Aku just copy and paste jer lirik tu (kan dah kantoi).

Okay , hari ini aku berada ... berada ... berada diatas kerusi ! HAHAHAHA (tak perlu la buat lawak kan?) Sebenarnya aku sekarang berada di Hospital Ampang Kuala Lumpur . Kuala Lumpur , ya sekali lagi aku menjejakkan kaki di sini . Tapi tidak hairan jika berada di sini tetapi ini adalah kali kedua aku berada di Hospital ini . Ya , Hospital ini sekali lagi aku kunjungi . Kenapa ? Kenapa aku berada disini ? Aku jejakkan kaki disini untuk melawat kakak kesayangan yang kini dirawat disini . Agak memilukan apabila melihat keadaan kakak aku yang kurus kering akibat tidak dapat makan selama 2 minggu semenjak hari kemasukan dia kesini . Kakak aku tidak dapat makan disebabkan usus perutnya yang sakit dan menyebabkan untuk diperiksa .

Sedih , sedih dan sedih !! Ya aku sedih melihat dia dalam keadaan sebegitu . Namun aku tidak dapat membantu selain memberikan semangat , dorongan dan nasihat . Doa ? Setiap masa , ketika dan detik aku akan berdoa kepada Ilahi memohon agar kakak aku sembuh dan dapat menjalani kehidupan sehariannya seperti biasa .

Doa , doa dan terus berdoa kepadaNya . Itu yang hanya mampu aku lakukan buat masa sekarang . Aku pula akan menduduki peperiksaan SPM yang tinggal hanya sebulan dari sekarang . Disebabkan itu aku tidak dapat menemani dia disini agak lama kerna harus meneruskan persekolahanku yang tertangguh sebelum ini . Hati aku tidak tenang semasa berjauhan dengannya . Aku sentiasa tertanya tanya "Mengapakah semua ini harus berlaku kepada aku?" Namun kita tidak boleh menyalahkan takdir Allah . Takdir yang Allah telah tetapkan . Aku hanya mampu redha dan pasrah menerimanya .

Hati ini menangis semahu mahunya melihat keadaan kakak aku yang terpaksa menempuhi dugaan yang diberikanNya . Aku tidak mampu berbuat apa apa . Hanya mampu menangis menangis dan terus menangis . Air mata mengalir tanpa henti setiap kali tangan ini ditadahkan untuk berdoa .
. Amin amin amin yarabilalamin .

... Byebyebye ...




Sunday, October 9, 2011

Sejenak . . .

Assalamualaikum ,


Heyy , apa khabar korang semua ? Sihat ? Alhamdulillah semoga korang sihat dan bahagia menjalani kehidupan seharian yang korang alami sekarang ini . Tapi aku ? Sihatkah aku ? Bahagiakah aku ? Ataupun siapa aku yang sebenarnya ? Aku sendiri pun tidak pasti , entah semua persoalan itu ada jawapannya ataupun tidak . 

..........................................................
..........................................................
..........................................................

Baiklah , kita lupakan semua yang menjadi persoalan pada hari ini seperti diatas sana sebentar tadi . Ayuh kita sama sama mulakan hidup baru .

SEJENAK , aku berfikir mengapakah semua yang berlaku ini harus terjadi kepada diriku ? Mengapakah semua ini harus aku yang laluinya ? Mengapakah mesti 'time' begini harus aku hadapi ? Begitu banyak yang aku mempersoalkan dalam SEJENAK sahaja . Mungkin semua itu mempunyai jawapannya sendiri . Ia , betul ianya mempunyai sebab sebab dan iktibar daripada semua yang berlaku ini . Aku tidak pernah cuba untuk menyalahkan takdir , tetapi aku redha menghadapinya . Aku pasrah , namu kekadang mungkin jiwaku yang bercelaru membuatkan aku menjadi tidak keruan .

Aku tertekan , tertekan dan tertekan . Namun apa yang harus aku lakukan sekarang ini , hanyalah menumpukan sepenuh perhatian untuk mencapai impian aku pada masa hadapan nanti . 

. Amin amin amin . 
Semoga aku dapat menjalani kehidupan ini seperti sediakala . 

... Byebyebye ...



Monday, September 5, 2011

Raya Datang Lagi ! :)

Assalamualaikum...

Walaupun hari ni dah masuk raya ke-7 tapi rasanya masih belum terlewat untuk aku mengucapkan Salam Lebaran 2011 buat semua kekawan , pembaca blog aku dan muslimin/muslimat yang turut merayakan hari mulia umat Islam.. Cuti sekolah pun dah berakhir dan sekarang aku perlu fokus untuk peperiksaan percubaan SPM dan peperiksaan SPM yang sebenar akan mendatang tak lama lagi.. 


:: gambar diambil selepas solat sunat aidilfitri ::


Raya tahun ini tidak terasa kehangatannya buat aku.. Mungkin ini semua kerna aku ada tugas yang perlu dilaksanakan iaitu memberikan perhatian pada peperiksaan yang bakal aku hadapi nanti.. Walaubagaimanapun , raya tahun ini cukup meriah seperti tahun tahun sebelum ini.... Duit raya ? Hmm , dapat lar sedikit sebanyak dari keluarga terdekat , tapi tak de lah sampai beratus ratus pulak.. 
open house rumah member : raya ke-4 :


Untuk pengetahuan semua , jika anda anda ingin datang beraya dirumah aku (bermula tahun depan) korang datang lar raya pertama ye , sebab rumah aku hanya raya pertama jer ada makanan sedap sedap ni , lepas tu biskut raya dengan sirap jelah korang dapat kalau selain hari itu.. HAHAHA .. So kalau korang nak makan nasi dagang, satay, kuzi dan lain lain datang ler raya pertama (dah terlewat baru nak jemput) 

kat PCB : raya-4 :

... Byebyebye ...




Saturday, August 6, 2011

Baby Girl ! :)

Assalamualaikum ,

Selamat berkunjung kembali pada semua pembaca blog Hembusan Terakhir ini , :) mungkin nama blog ini tidak sehebat blog blog lain namun aku bersyukur kerana aku berjaya untuk menulis blog ini walaupun tidak ramai yang mengenali aku . 

Sedikit pembukaan diatas nampaknya sudah cukup :) kita berbalik pada tajuk entri kita iaitu Baby Girl ! Haa , korang nak tahu , nampaknya bilangan ahli keluarga aku semakin bertambah . 
Yeah yeah ! 

Baby Girl !


Yeah , itu la kalau korang nak kenal anak saudaraku yang ketujuh (kalau tak silap) . Comel kan ? Sebijik kot macam muka abang dia . Rambut pun mencacak tuhh , kalah rambut aku .
HAHAHA

Okey , ape nama si Baby Girl ni ? Erk (nanti aku interview kakak aku) Okey ? See you soon .


p/s :: tak sabar tunggu baby girl balik Kota Bharu :)

... Byebyebye ...




Tuesday, August 2, 2011

Ramadhan Datang Lagi

Assalamualaikum ,


Setelah tiga hari kita berpuasa mungkin tajuk entri di atas sudah lapuk untuk dinyatakan dalam ruangan blog ini . Walaubagaimanapun aku akan tetap meneruskan entri kali ini bagi menyambut ramadhan pada tahun ini agar lebih bermakna dari tahun tahun sebelum ini . 

Sebelum ini mungkin tiada masa untuk aku menulis atau mencoret di dalam ruangan yang tersedia ini namun hari ini akanku tulis dan aku juga ingin mengucapkan pada semua umat Islam di atas muka bumi ciptaan-Nya ini dengan ucapan Selamat Menyambut Ramadhan .

Ramadhan sering kita dengar namun pernah kita teliti apa disebalik perkataan itu ? Biasanya kesemua orang hanya menganggap puasa hanyalah sekadar berlapar dan tahan dahaga sahaja . Namun bagi mereka yang melalui bulan yang mulia ini dengan penuh rasa keinsafan akan dapat merasakan nikmat sebenar puasa . Puasa juga membuatkan kita agar kita menahan dari mengeluarkan kata kata kesat seperti mencarut tidak tentu hala .

Perbuatan perbuatan yang tidak baik akan dapat diatasi apabila berpuasa namun sesetengah manusia yang tidak lari dari bisikan syaitan akan tetap melakukannya tanpa menghiraukan orang lain mahupun tempat dan masa . Dengan itu , kita seharusnya pandai menjaga akhlak diri sendiri terutama apabila berhadapan dengan bulan yang mulia ini . 

Kata kata akhir aku pada kali ini , marilah kita sama sama menyambut dan berpuasa dengan penuh rasa nikmat dan kesyukuran  agar kita memperolehi apa yang dihajati . 
Amin 

Sekian untuk entri kali ini , :)

... Byebyebye ...


Saturday, July 9, 2011

Kala Aku Keseorangan

Assalamualaikum w.b.t ,




Aku ! Ye aku , siapa lagi kalau bukan aku iaitu pemilik blog Sehingga Hujung Nyawa. Aku dilahirkan dalam keluarga yang sederhana , tidak kaya dan tidak mampu untuk membeli apa sahaja yang aku inginkan. Jika aku menginginkan sesuatu pastinya aku perlu berusaha keras dan gigih untuk mencapai keinginanku itu. Tetapi harta tidak menjadi penghalang buat keluargaku untuk terus hidup. Aku dibesarkan dengan kesederhanaan oleh kedua ibubapaku. Mereka mahu anak anak mereka belajar untuk hidup dikala kesusahan suatu hari nanti dan belajar untuk berdikari pada suatu masa nanti. Mereka mahukan yang terbaik buat anak anak mereka termasuk aku. Selama berbelas tahun aku dibesarkan kini aku genap usia 17 tahun 5 bulan. Hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi untuk aku berhadapan dengan peperiksaan SPM yang akan bakal aku duduki. Peperiksaan ini akan menunjukkan kebolehan aku sebagai seorang pelajar yang sekian lama menuntut ilmu. Ianya juga akan merubah kehidupan aku pada suatu masa nanti. Dengan ini aku harus menunjukkan dan membuktikan pada semua orang bahawa aku mampu lakukannya.

Apa yang aku inginkan pasti kedua ibubapaku penuhi namun tidak kesemuanya dapat aku miliki. Ye , HARTA dapat memberikan segala gala buat manusia ! Namun bagi aku HARTA itu tidak mampu membeli kasih sayang dan nyawa seseorang apatah lagi ibubapa kita sendiri. Semuanya telah aku terapkan dalam hati dan sentiasa dalam ingatanku. Alhamdulillah aku membesar dengan penuh kasih sayang dan bimbingan agama dari kedua orang tuaku. Mereka telah banyak menyumbang tenaga, masa mahupun wang ringgit untuk aku hidup selama beberapa belas tahun ini. 

Kembali pada usiaku yang kini 17 tahun 5 bulan. Aku mampu untuk melakukan sesuatu yang amat berat dan aku juga mampu untuk berfikir dengan waras. Aku dapat membezakan yang mana buruk yang mana baik. Aku bersyukur kerana aku tidak dibesarkan dalam kemewahan yang mampu membuat diriku alpa dengan duniawi ini. Kadang kala aku berfikir dan termenung keseorangan , "berapa lamakah lagi aku hidup di dunia ini" "apakah aku bisa menjadi seorang manusia yang berjaya dan berguna seperti orang orang sebelumku?" 

Apakah aku bisa lakukan semua itu dan kecapinya ? Aku sendiri tidak tahu mampu atau tidak aku lakukan. Namun aku akan cuba untuk berusaha demi mendapat kehidupan yang lebih baik untuk diriku sendiri. 
Insya-Allah.

Aku juga kadang kala terpikir , "apakah bisa aku mencapai impianku sebagai seorang Pereka Dalaman , dan mempunyai butik impianku sendiri?? YA ! Aku mahu menjadi salah seorang Pereka Dalaman yang terkenal dan mempunyai butik pengantin aku sendiri. Insya-Allah aku akan cuba untuk merealisasikan impianku yang setelah sekian lama aku impikan. Kini apa yang harus aku lakukan ialah belajar dengan bersungguh sungguh dan buktikan pada semua orang terutama keluarga aku bahawa aku mampu menjadi seperti orang lain.

Dengan nama ALLAH yang Maha Besar lagi Maha Penyayang, aku memohon kepadamu berikan aku ketenangan dan kejayaan dalam hidup ini sama ada di dunia mahupun di akhirat. 

Begitulah aku yang dilahirkan sejak dulu hingga kini. Apa yang aku inginkan akan aku cuba dapatkan.
Amin

bersambung......


Sunday, June 26, 2011

AKU PULANG !

Aku pulang… tanpa dendam kuterima kekalahanku
Aku pulang… tanpa dendam kusalutkan kemenanganmu
Kau ajarkan aku bahagia, kau ajarkan aku derita
Kau tunjukkan aku bahagia, kau tunjukkan aku derita

Kau berikan aku bahagia, kau berikan aku derita

Okay , CUKUP CUKUP ! Amboiii menyanyi pulak aku kali ni ! Dah lar suara macam entah apa apa , ada hati pulak nak menyanyi ye .... HAHAHA 
Alang alang dah tajuk macam tuh apa lagih nyanyi ler jawab nye , betol ke idak ? 

OKAY ! FINE , berbalik pada tajuk entri kali ini ..... Mesti korang pelik kan , tetibe kuar tajuk dengan lagu yang agak pelik itu dalam blog aku .... HAHAHA .... Sebenarnya , kalau korang nak tahu ( tak nak tahu toksah duk baca nahh ) tajuk tuh sempena kembalinya aku ke dalam blogger setelah lama menyepikan diri .... Nak tahu kenape aku senyap selama ini ? Nak tahu ? Nak tahu ? Arrghh , aku sendiri pun tak tahu pape weyh ! HAHAHAHA .... Apa la nak jadi kann ? Okay , tapi bagi aku selama aku menyepi sebelum ini disebabkan ketiadaan mood untuk menulis blog .... Akibat kekangan masa yang aku hadapi sekarang ini ( Facebook always On9 , HAHAHA ) aku tak berapa ada mood nak update update entri dalam blog ni hah .... Tapi kalau dah start menaip , haaa siap lah kau KEYBOARD ! Tak berhenti ditekan oleh aku ! HAHAHAHA


Tapi tajuk tuh menunjukkan aku akan kembali untuk berblogging setelah lama meninggalkan dunia blog ini ( padahal tak sampai bertahun tahun lagi ) So , dengan ini pada teman teman aku yang sentiasa mengikut aku dari belakang amatlah dihargai diatas sokongan korang taw ! And korang jangan lupa jenguk jenguk lah blog aku ni kalau ada masa lapang ye .... Aku just nak berkongsi dengan korang jer , so apa apa hal do READ & FOLLOW ! Okay guys , see you later in another time ! 

...Byebyebye...


Sunday, May 22, 2011

One paper more !

Assalamualaikum,


Yahhhooooo ! Yahooooo ! 

Woiit , apasal aku ni hah yahooo memanjang jer ? Ouh , dah habes ye exam PKBSII ? Arrggh , tak lar ! Still have one more paper to go.... So , jangan nak 'yahoo' sangat taw ! HAHAHAHA ( Okey , gelak sudah! )
Hmm , hari ni exam paper Addmath yang aku jalani.... Ohh My Gucci ! (OMG) Soalan yang dapat aku buat conferm penuh tempat kosong dalam kertas tuh ! Yang tak dapat buat pulak macam mana weyh ?! Gggr , apalagi berserabai otak memikirkan nak menyelesaikan soalan SUSAH tuh ! Geram bebeno teman ye , idak dapat jawab soalan soalan itu hah ! ( amboii , loghat Perak ! ) Kakk Limahhh ! 

Mana datang pulak Kak Limah dalam blog aku ni weyh ! Adoii , huh.... Berbalik pada tajuk asal One paper more ! Yeahhh , paper ape tu ye ? Apalagi yang last sekali kalau tiap tiap kali exam ni , paper Lukisan Kejuruteraan lar ! Ggrr , ini pun teman makin geram, mana idak nye kalau dah teman ni daya imaginasi slow ! Macamm siputt gitu (okey , merendah diri) yelah kalau dah tak dapat nak berimaginasi tentang sesuatu objek yang nak kita lukis tuh memang lar susah jadinya.... Hmm , jangan duk berimaginasi benda laen sudah ! HAHAHAHAHAHA



Okay okay ! So esok aku nak tidur kat rumah jer ! Ggrr , sebab paper LK tu akan ditempuhi pada hari Selasa ( 24/5/2011) nanti.... So , sehari sebelum tu segala persiapan harus dilakukan.... Korang jangan ingat exam LK macam exam paper laen.... Banyak benda yang harus kami sediakan taw.... Antaranya , pensil , T-Square , jangka lukis , sesiku set , and yang berkenaan pasal lukisan lar.... Wajibnya pastikan pensil yang digunakan itu haruslah TAJAM seperti sebilah pedang ! HAHAHAHA (pepatah melayu tuh!) 

Okay so semua tuh aku dah sediakan sebab itu lah esok aku mahu tidur aja dirumah ! Yeahhh , (study p mana?) Study malam sebelum exam tu la kot ! Kannnn ? Haruslah ! HAHAHA
Banyak gelak aku ni , kang mati tercekik kat sini PADAN MUKA ! 

Entri untuk hari ini setakat ini dahulu , apa apa pun aku harap korang baik baik sayangggg (lagu larh pulak!) I mean baik baik saja disamping family or orang yang tersayang taw ! Dont fighting fighting ye , haruslah hidup dalam kedamaian.... Dengan itu negara aman damai dan selamat (politik ke ni?) HAHAHAHAHA

OKAY ! See you later in other entry ye ;)


... Byebyebye ...


Friday, May 13, 2011

Aku adalah AKU !

As-salam ,


Assalamualaikum aku dahulukan di ikuti selamat pagi Sabtu pada semua rakyat Malaysia.... Kita kan 1 Malaysia  ! HAHAHAHA.... Bukannya 1 Malaysia baca blog aku ! Perasaan je kannn , boooooo.... Okey FINE ! Setakat tu dah cukup okay tak perlu lebih lebih kot ! First of all , thanks lar pada sapa sapa yang jenguk blog aku yang entah apa apa ni.... Ada ape lar kat blog aku ni yang boleh buat korang tertarik ye ? Macam takde pape makne pun.... Okay , tu suka hati korang lah untuk menilai , aku cuma ucapkan bebanyak terima kasih pada pembaca dan follower sekali ! 

TERIMA KASIH

Okay , cukup setakat itu mukadimah aku untuk hari ini ! Weyh weyh , tu baru permulaan lar , jangan keluar lagi ! Tajuk yang akan dibicara pada hari ini iaitu Aku adalah AKU ! ( feewit macam dlm rancangan kat tv la plak ) Apa yang aku nak bagi tau hari ini yang aku ni tak pernah menjadi orang lain ataupun mencuba untuk menjadi orang lain.... Tapi aku akan lain sekiranya orang itu yang mengangap aku ini sudah lain.... Erti kata berubah.... Aku berubah mungkin kerna orang itu yang memaksa aku untuk berubah tetapi aku tak pernah sesekali untuk berubah tanpa sebab! Titik ... So pada sapa sapa member aku yang dah lama kenal aku tuh , korang tahu macam mana perangai aku dan kehidupan aku dan kelakuan aku ! Korang dah kenal aku lebih lama dari orang yang baru kenal aku ! So pada yang baru kenal aku tu tak sampai bertahun tahun at least setahun , jangan duk sibuk amek tahu hal orang , jangan duk sibuk tuduh orang bukan bukan okay ! Apa apa pun aku adalah AKU tak pernah menjadi orang lain.... Renung renungkan dan selamat beramal ( haha , macam dalam semanis kurma lak )




tangkap korang ! wahaha



So , setakat ni la update aku untuk hari ini.... Apa apa nanti aku akan bagi tau kemudian , aku pun takde mood ni hah maklumlah Exam Fever ( org putih kata ) putih ke ? HAHAHAHAHA 
Selamat berhujung minggu pada semua !


... Byebyebye ...

Friday, April 29, 2011

Get Ready for PKBS II

As-salam ,


Selamat petang cikgu ! HAHAHAHA , mana cikgu ni weyh . Gila kau kita sekarang dalam alam siber bukan kat sekolah , Ohh yea ? HAHAHAH , Okay enough Aizuddin ! So lets start with Assalamualaikum w.b.t , and salam sejahtera semua , fuhh . Nampak nye berkurun lama blog aku ni tidak di update ! Kesian kannn ?! HAHA , Aku tak sempat lar nak update blog lately ni , lagi pun dah bersumbat otak aku nak pikir pasal study , itu , ini , blog lagih . Aishhh , enough ! 

Hari ni bukan nak membebel banyak ye kawan kawan . HAHA , aku just nak bagitau pada rakan rakan seperjuangan aku ni hah ! Korang dah bersedia ker nak hadapi PKBS II ni weyh ?! Tinggal beberapa bulan  je lagih nak SPM ni ! gggrr , Tolong tolong ! Aku belum sedia nak SPM ! 

Arrgghh , tak kira macam mana cara sekalipun aku tetap kena hadapi semua ni macam orang yang dah lepas melainkan kita dah tak bernyawa . Betul , betul , betul ! HAHAHA . Okay , aku semakin bosan , bila bosan aku taip ikut suka hati ! HAHA , Okay lar korang semua , papepun doakan aku semoga dapat peningkatan dalam PKBS II berbanding yang first hari tu . Okay okay okay , tak mahu cakap banyak ! 


... Byebyebye ...


Monday, April 4, 2011

Result PKBS 1 !

Assalamualaikum ,


Selamat malam kepada semua . Aaa (mengantok lar) . Okay okay , dengan perangai malas aku sebenarnya tak ada mood sangat nak update entri ni hah . Tapi kalau tak update kan bersemak samun naik tinggi macam aku nanti kan susah pulak ! Adooii , okey kawan kawan sekalian . 

Tajuk kat atas merujuk pada keputusan peperikasaan pertama kalinya aku seorang student form 5 . Apa yang dapat aku katakan hah ? Okay , result teruk !! Ggggr . Hmmm , aku tak nak nyatakan kat sini tetapi pada member yang sama sekolah dengan aku konpem korang dah tahu kan ? Erkk , ada yang belum tahu ker ? Okay , padan muka kau !
HAHAHA

Okay , aku mengantuk sangat ni . Sooooo , jom tido jom . See you all at another time . 


... Byebyebye ...


Thursday, March 17, 2011

Motorsikal langgar kereta parking !

As-salam ,


Assalamualaikum semua ! Selamat pagi dan salam sejahtera . Korang pernah dengar tajuk kat atas tu ? Motorsikal langgar kereta parking ! Agak pelik bunyi nye ? Tapi itu lar kenyataan yang berlaku sekitar kawasan rumah aku pada 2 hari lepas sekitar jam 7.00 petang . 

Keadaan motorsikal yang belum dikeluarkan 
(Nouvo LC)


So , pada sesiapa yang belum lihat kejadian seperti ini , boleh lar tengok kat atas tu ! Agak terkejut ye ? Well , perkara macam ini kita tak boleh jangka . Ajal , maut , jodoh , pertemuan dan segala gala nye di tangan Allah S.W.T. . Kejadian ini boleh dijadikan iktibar buat semua ! Dan syukur alhamdulillah penunggang motorsikal ini tiada apa apa yang parah . Kejadian ini boleh berlaku dimana mana tidak kira tempat atau masa . Jadi sama sama lah kita renungkan dan jadikan ianya sebagai pengajaran . 
Sekian ,


... Byebyebye ...


Hari Outing Yang Malang

Assalamualaikum ,

Okey , FINE . Riding motorsikal member okey , this not my own !


Selamat pagi Jumaat lagi korang ! HAHA . Tadi baru update pasal birthday BFF aku . Hmm , kali ni nak update pasal aku outing bersama BFF aku seramai 5-6 orang i think . Okey , kali ni kami bercadang nak gegarkan bandar Kota Bharu ! HAHAHA . First we all jumpa kat Mc Donald kat depan Nagoya tuh ! (bagi yang duk kelantan tahu lar) So , bila dah jumpa kat situ automatik orang kata nak lunch sekali kan ? So we all masuk lar ke dalam Mc Donald tu for our lunch . Masing masing kelaparan dek menunggu ketibaan sorang sorang , Huh . Agak menyakitkan ! HAHAHA

Erk , aku bila KELAPARAN ! HAHA

Okey , gambar di atas tu di captured selepas makan seingat aku larh ! Hmm , agak pelik ye gambar tu ? HAHAHA . Okey okey , next image please !!



Erk , agak nye tu kot gambar yang sempat aku captured ! Lepas makan tu ingatkan nak bergambar beramai ramai . Tapi agak ketiadaan mood apabila bad news come from my friends . Agak terkejut , dan agak kelam kabut ! Ape bad news tu ? Erk , tak payah lar cerita , buat malu jer . Pada sapa sapa yang dah tahu tu , tape lar ! HAHAHA . Okey lar , penat weyh taip keyboard ni tak berhenti ! Sakit sakit sakit tangan aku ni ! HAHAHA


... Byebyebye ...

Asyikin , Selamat Hari Jadi

Assalamualaikum ,

Hey korang , whats up ? Pagi pagi Jumaat yang ceria ini aku doakan korang semua happy dengan kehidupan masing masing ye . Hmmm , kalau korang dah tengok tajuk kat atas tu mesti dah boleh agak kan ? Erk , pasal birthday lagi ? OMG . Takde benda lain ke aku nak update hah ? HAHA . Tape lar , janji update kan ? Okey , kali ni birthday BFF aku yang tersayang , iaitu Asyikin . Kali ni aku tak sempat nak kacau kek untuk dia . Sory weyh !! Bukan sengaja , sebab minggu tu kan minggu exam . So , fokus study sikit ( ceh , study konon , HAHA ) Okey lar , walauapapun dia bawak sendiri weyh kek . Erk , katanya itu hasil kerja abang ipar dia . Kan kan kan ? Erk , okey lar . 

..... scroll bawah jap .....

.....
.....
.....
.....
.....

Happy Birthday Nurul Asyikin !

Nampak sedap kan ? Korang tak makan ! HAHA . Okey , actually memang kek ni sedap weyh ! Tak percaya korang buat sendiri dan makan sendiri . Okey ? HAHA .

scroll lagi weyh ! 

.....
.....
.....
.....
.....

Antara member gurl yang join 


Salah seorang member aku yang kelaparan ! HAHA 
*sory pijie , gambar kau dalam ni*


Dah habis pakat pakat makan kek tu so tinggal lar sekeping , macam kat bawah ni hah :


HAHAHA . Lawak ke ? Agak kelakar bila semua buat tak tahu apabila kek tinggal macam tu . Jahat korang , termasuk aku weyh ! HAHA . Okey , dah nak habes bebelan baru teringat aku lupa nak bagitau bila birthday Asyikin ni hah . Okey , her birthday is on 9 March , baru baru ni . Weyh , sebulan je dari birthday aku weyh ! HAHA . Okey lar . Setakat ni untuk entri ni . Aku nak update yang lain pulak ! Jangan lupa baca taw ! 


... Byebyebye ...


Sunday, March 13, 2011

Zarif sudah sembuh !

As-salam ,


Selamat selamat pagi semua ! HAHA .... Weyh weyh weyh korang semua ! Nak tahu tak Zarif dah sembuh weyh!!! Yeahhh yeahhh , lega hati semua Zarif dah kembali macam biasa , Alhamdulillah , thanks to Allah.... 


Ni masa kat hospital , menurut mamanya Zarif ditahan selama 3 hari 2 malam ni hospital.... Dapat jugak Zarif merasa suasana ward kecik kecik ni.... HAHA.... Okey lar , ada satu lagi gambar yang aku curi dari Facebook mamanya.... HAHA


Zarif yang sedang tidur tak mahu bangun disebabkan kepenatan yang terlampau... Apa yang dibuatnye sampai penat macam tu sekali hah?! Nak tahu ?! Haaa , satu ward dikerjakan Zarif hah , orang kata ziarah menziarahi kannn.... So , jalan jalan lar si Zarif dalam ward tu hah! HAHAHA....


Sekarang Zarif dah boleh balik!! yeaaaahhh .... Thats mean Zarif dah sembuh lar ye?! Happy sungguh mama dan papa Zarif apabila doktor dah bagitau yang Zarif boleh discharge semalam.... Sekarang Zarif dah kembali macam dulu !!! Tengok lar tu gelak sebesar besar nye.... Hehehe....

mood :: turut gembira !

... Byebyebye ...

KAMI bahagia kalau kamu bahagia

As-salam ,


Hye hye hye korang semua !! HAHAHA.... Weyh weyh , asal aku gelak gelak ni hah?! Tak betol ke hah? NO NO NO , bukan macam tu lar , aku just happy.... Aku gembira kawan kawan aku gembira kannn?! Siapa tak happy tengok member dia happy kannn? Okey okey , so entri kali ini aku tujukan khas buat teman baik aku iaitu Nor Fatihah ! Weyhh , nama kau masuk dalam blog aku tuhh!!! HAHAHA.... Yang lain jangan jeles! Okey okey , nanti aku senaraikan nama nama korang kalau ada yang jeles lar.... HAHAHA

Kawan aku ni sejak dari primary school lagi kami get in touch! Since primary school until now we are Form 5 , agak lama kannn?! Itulah nama kawan baik! Actually , ada lagi makhluk Allah iaitu Asyiqin Amni , haaa dia pun sama lar.... Kami 3 orang ke primary school yang sama dan sampai sekarang still together.... HAHAHA

Then , entri kali ni untuk pengetahuan member aku Fatihah , haaa.... Jeng jeng jeng ! KAMI bahagia kalau kamu bahagia ! FINE!! That its, HAHAHA.... Aku , Amni dan Diana bahagia tengok kamu bahagia ! Okey?!  So , teruskan teruskannn oohh (nyanyi larh pulak) relationship korang tu ye! Kami tak halang , nak nasihat? Come come to us get an advise.... So , esok kita orang nak keluar gegarkan bandar Kota Bharu larh weyh!! Jom jom jom join aku ! Lets us , so kena tidur awal nampak sebab nak berjalan banyak esok ni.... HAHAHA.... Okey lar , setakat ni entri kali ni ye....

~Happy~

... Byebyebye ...

Cuti Penggal

As-salam ,

Selamat malam buat semua followers dan pembaca blog aku yang tak seberapa meriah ni.... Hmmm , kali ni aku nak story pasal cuti sekolah bulan Mac ni yang sedang ku lalui sekarang....

"Disini aku masih sendiri,
Merenungi hari hari sepi,
Aku tanpamu masih tanpamu,"

Cuti penggal kali ni agak lain rasanye , hmmm kenapa ye ? Kenapa weyh ?!! Kalau korang nak tahu , parents aku sekarang kat Mekah sedang menunaikan umrah.... Thats why lar aku rasa agak lain disebabkan ketiadaan mereka.... Hmmm , hari ni masuk dua hari parents aku kat sana.... " ma , abah doakan anakmu untuk SPM akhir tahun ini ye "  , setiap malam rasa sunyi aje , selalunye mesti meriah bunyi itu bunyi ini.... Hmmm , "yaAllah , lindungilah ibubapa ku dalam sepanjang perajalan mereka ini," 


Homework kali ni pun agak bernasib baik tidak banyak yang aku terima , HAHA.... Seingat aku hanya kerja rumah Bahasa Melayu yang perlu disiapkan dalam cuti ni.... Hmm , masih awal lagi kot nak siapkan kannn?! HAHAHA.... Kerja aku sepanjang cuti ni hanya mengadap 'FACEbook' tanpa melihat isi kandungan.... HAHAHA.... Okeylah korang , setakat ni untuk entry ini.... Aku nak update untuk entri seterusnya....

... Byebyebye ...





Monday, March 7, 2011

As-salam,

Weyh korang , haaa dah lama betol aku tak update blog kannn? Sory larh weyh , aku busy larh.... Busy study katakan , maklumlah sekarang ni kann tengah exam PKBS 1.... Okey , aku tak nak cerita banyak pasal exam sebab exam kali ni sangat sangat tidak bermakna buat aku! HAHAHA.... Aku nak coretkan kali ini pasal cerita yang sedang disiarkan kat TV3 sekarang ni....


Haaa , Begitukah Cinta tajuk cerita tuh.... Confirm korang mesti ada yang tengok kann? Bestt kannn kannn? Pelakon utama cerita Begitukah Cinta iaitu Nazim Othman semakin popular dan digilai gadis di luar sana. Carian gugel pun menunjukkan nama Nazim Othman tu semakin meningkat. Siapakah Nazim Othman? Nazim Othman atau nama sebenarnya Nushrul Alif bin Othman merupakan seorang pelakon di Malaysia. Nazim dilahirkan pada 16 September 1984 di Sabah. Kemunculannya menyerlah dalam drama Awan Dania. Beliau juga pernah berlakon dalam cerita Ponti Anak Remaja dan juga Asmara. Bekas pramugara ini semakin popular selepas beliau muncul dalam drama terbaru TV3, Begitukah Cinta.... 





Nazim Othman juga seorang model.... Nazim Othman juga seorang blogger macam kita larh weyh!! HAHA.... Kalau nak skodeng blog dia, korang boleh klik kat  [sini]..... So korang pandai pandai larh ye melawat blog dia....  Tapi dia punya last update on May 2010, busy lorh sebab tu tak dapat nak update kot.... Kalau nak jadi kawan dia kat facebook pun boleh, korang klik kat [sini] tapi dah ramai larh yang request jadi kawan dia.... So, korang klik lar kat  [sini].... Kat situ korang request lar jadi fan dia....

Korang dah tengok ke cerita Begitukah Cinta yang menarik sekarang ni hah?

Kalau belum , tengok lar Sinopsis Begitukah Cinta dengan klik kat [sini]




Petikan sinopsis :
Nazril (Nazim Othman) yang cuba keluar daripada kepompong kemewahan dan ingin hidup seperti orang kebiasaan yang lain, jatuh cinta terhadap seorang gadis kampung bernama Riana (Ainul Aishah) . Dua watak utama ini juga mewakili isu-isu sosial belia di IPT yang terlibat dalam gejala seperti escort girl, bartender dan GRO bagi menyara kehidupan dan pembelajaran di kolej.
Aida Khalida yang membawa watak ibu kepada Nazril mungkin bakal berjaya dibenci penonton terhadap wataknya sebagai ibu yang bersifat antagonis. Watak hipokrit yang dibawa Shahronizam, juga bakal meninggalkan kritikan sosial yang tajam kepada segelintir masyarakat Melayu kita amnya.
Barisan pelakon Begitukah Cinta
Pasangan hebat dalam drama ini
Salah satu scene yang dilakonkan
Okey , sekarang jom dengar lagu tema cerita ni , best weyh!!
Korang nak? Muat turun OST Begitukah Cinta

Lirik Lagu Aizat – Sungai Lui [OST Begitukah Cinta]
Pejamkan matamu untukku
Dengarlah dunia berkata-kata
Usah kau ragu di sini tempatmu
Walau berubah di mata kita tetap indah
Selagi kau masih percaya


Ketawa kecewa terpisah
Jalan yang lurus kian berhalang
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya

Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap kau masih percaya

Buka mata biar aku memelukmu
Kita bersama masih muda masih mentah
Ku harap kau masih percaya

Selama ini

Best weyh!!!! Aku dah syok giler dengar lagu nieyh.... Fuhhh , memang mantop giler larh , cerita pun menarik , lagu tema pun tertarik.... HAHAHA.... Okey larh korang , hope korang enjoy dengan entry kali ni ye.... Aku nak layan lagu tema ni dulu larh ye.... Laaayaaannn ~~~

... Byebyebye ...