Hey hey korang, sorry lah baru sempat update blog ni. Ish, baru sempat ke malas hah? HAHA. Memang pun terasa malas sangat untuk aku update blog sekarang ni. Tapi di sebabkan dah lama aku tinggalkan nya, so kali ini aku update lah sebelum menjelang tahun baru iaitu tahun 2011. APA? 2011? Alamak, dengan rasminya aku menjadi calon SPM 2011. Cepat sungguh masa berlalu ye. Tahun 2010 ini terasa sekejap diharungi dan tinggal lagi sehari maka berakhirlah kehidupan 2010 aku yang bergelar pelajar tingkatan empat. Masa dirasai berlalu dengan sungguh cepat, pejam celik pejam celik dah nak masuk 2011. Apa apa pun tahun 2010 ni banyak kenangan yang terjadi dan dihadapi bersama teman temanku.
....................................................................................
Sepanjang cuti persekolahan kali ini banyak masa aku dihabiskan dengan bercuti ke Kuala Lumpur dan Kemaman(Chukai). Sepanjang di Kuala Lumpur aku hanya menghabiskan masa dengan berjalan sekitar bandar Kuala Lumpur iaitu sekitar Bukit Bintang. Aku berada di sana lebih kurang 4,5 hari sahaja. Sebaik pulang ke Kota Bharu, aku meneruskan percutian di Kemaman pula. Aku berada disana selama seminggu. Pelbagai kerenah kehidupan orang orang disana dapat aku lihat. Nasib baik lidah ku ini lembut dapat bercakap loghat orang sana. HAHA. Walaupun bunyinya agak pelik dengan ada 'kang' kat setiap perkataan tu seperti 'ikang', tetapi agak menyeronokkan. HAHA. Disana aku banyak menghabiskan masa dengan mengadap laptop HP yang baru itu. Sambil on9 Facebook sambil aku menonton rancangan rancangan menarik di Astro B-yond itu. Semakin lama disana, semakin banyak tempat aku kunjungi. Sempat juga ke Kuantan pada hari Jumaat dan Ahad. Di Kuantan kami hanya ke East-Cost Mall, pusing pusing sekitar shopping complex itu pun sudah memenatkan. Yang bestnya masa kami pergi tu tengah ada "SALE" sempena Krimas. Harga yang diberikan berpatutan dengan barangan yang dijual. Semakin hari semakin dekat masa untuk aku pulang ke Kota Bharu, tiba malam Isnin lepas aku menaiki bas Expres Perdana tepat jam 11.50pm (bas lambat, sepatutnya 11.30pm).
...........................................................................................
Kini aku di negeri kelahiranku, dan bersedia untuk memulakan perjalanan hidup sebagai calon SPM 2011 bermula 2 Jan 2011 ini. Aku berharap agar tahun ini aku dapat menumpukan sepenuhnya perhatian terhadap pelajaran dan ingin mengecapi keinginanku untuk terus berjaya dalam hidup. Korang jangan lupa doakan aku ye. Dengan itu setakat ini coretanku buat kali ini. Nanti aku akan terus update blogku ini. Korang jangan lupa juga singgah dan tengok tengok ye.
p/s :: kalau korang nak tengok gambar, tengok aje kat Facebook aku , search R Mohamad Aizuddin. Kat situ ade banyak gambar gambar yang aku upload.
Sekian.