Hoho Angry Anime Smiley

Tuesday, November 23, 2010

AKHIR nya ~

Salam ,



         Sejak kehadiran si dye perasaan ini menjadi tidak keruan .... Setiap kali termenung mesti diri ini terfikir kan mengenai dye .... Entah mengapa semakin ingin aku lupakan semakin kuat datang bayangan wajah nya .... Aku tidak pasti apakah maksud semua ini .... Tetapi hari ini aku ibarat mahu menjadi "GILA" ....  Nak tahu kenapa ? Semenjak pada hari pertama kami kenal , aku selalu text-ing dengan dye sehingga lahh semalam .... Selalunya walaupun dye reply text aku dengan agak lambat, aku tak kisah sekurang kurangnya dye reply .... Tetapi hari ini mungkin kerana dye sibuk maka dye tidak sempat mahu membalas text yang dihantar oleh aku .... Aku memahami keadaan nya tetapi keadaan itu membuatkan lagi diriku tidak tenteram ....
 
 
 
Seperti sebelum ini, sakit kepala ku datang kembali kerana memikirkan yang bukan bukan mengenai nya .... Dye hanya membalas text ku yang terakhir pada jam 2.13 petang , selepas itu tiada apa apa berita dari nya .... Aku berasa semakin gelisah , selepas makan tengah hari sakit kepala mula datang lagi ....  Sakit terase hati bila melihat tiada pesanan yang di terima di skrin handfhoneku .... Aku tanpa menghiraukan apa apa terus mematikan handfhoneku dan cuba melelapkan mata ....  Mungkin bagi dye , aku tidak bermakna tetapi bagi ku dirinya amat bermakna dan aku sangat sangat memerlukan dye .... Aku tidak menyalahkan dye kerana ini semua bukan berpunca dari nya .... Tetapi aku yang bersalah menyayangi insan yang telah dimiliki .... Aku sendiri yang menimbulkan masalah ini .... Lebih kurang jam 5.15 petang aku tersedar dari tidur, nafas ku bagai tersekat sekat .... Dengan pantas handfhone di hidupkan , setelah beberapa minit melihat skrin telefonku nyata masih tiada pesanan yang diterima .... Aku yang sedang tercunggap cunggap cuba menahan air mata daripada mengalir .... Dadaku menjadi sakit , ini tidak pelik bagiku sebab perkara ini pernah terjadi suatu ketika apabila aku memikirkan masalah mengenai 'percintaan' .... Aku cuba untuk melegakan diri sendiri .... 
 
 
 
 Tanpa membuang masa, kunci motorsikal di capai lalu aku menunggang menuju ke tali air berdekatan rumahku .... Masa diambil beberapa ketika , aku cuba menarik nafas dengan perlahan lahan dan dihembus dengan kadar yang biase .... Diulang ulang perkara yang sama, sedikit gementar , kesakitan dan keresahan dalam diri ini dapat di lepaskan .... Namun masih tiada pesanan yang diterima daripada dye .... Mungkin terlalu sibuk dengan kerja kerja nya .... Beberapa titisan jernih keluar daripada kelopak mata ini tanpa disedari .... Aku menangis semahu mahunya bagi melepaskan masalah yang berserabut dalam kepala ini .... Sedikit demi sedikit aku berasa semakin baik .... Lalu aku pulang ke rumah dan terus mengaktifkan notebook kesayangan ini .... AKHIRnya ,sedang asyik aku mendengar lagu tiba tiba deringan telefon ku mematikan lamunan ku .... Aku seperti tiada semangat hendak melihat pesanan itu .... Aku takut pesanan yang dihantarnya akan menyakitkan lagi hati ini .... Namun semua sangkaan aku itu salah , memang benar dye yang menghantar pesanan itu .... Semakin lega ku rasakan sehingga lah kini selepas membaca text yang dihantarnya .... 

p/s :: Diri ini sangat merindui dirimu ... Sehari tidak mendengar khabar darimu membuatkan aku kebimbangan ....

No comments:

Post a Comment