Seperti biasa sekitar jam 1-2 petang keadaan jalan raya di Kota Bharu mulai sesak.... Di tambah pula dengan bilangan orang yang pulang ke kampung halaman masing-masing sempena Aidiladha.... Aku menunggang motorsikal sambil memboceng rakanku, sambil mulut terkumat kamit bercerita mengenai pembangunan di Kota Bharu sekarang ini....
Disebabkan pembinaan 'flight over' maka jalan dari Billion ke Kbmall menjadi lebih sesak.... Bilangan kenderaan semakin lama semakin bertambah bukan nye semakin berkurang, ternyatalah keadaan semakin bersesak.... Aku mengambil lorong kanan kerana hendak menuju ke pusat bandar, selepas membelok melepasi lampu isyarat secara tiba-tiba motorsikal ku dihimpit dengan sebuah Perodua Alza warna kelabu....
GEDEBUUUSHHHH, BAAPPP , KLINGGG,
Aku tercampak , motorsikal tersungkur menyembah bumi , 'side mirror' , lampu pecah bertaburan , 'handfhone ku berderai , rakanku turut terguling di atas tanah tar yang tebal sehingga kulit kaki dan tanganku terkoyak.... Tanpa menyedari mahupun mempedulikan sakit yang terase, aku mengagahkan diri untuk bangun lalu mengangkat motorsikal.... Nasib menyebelahiku kerna tiada kenderaan yang datang dari belakang, kalau tidak entah apa aka terjadi pada diri yang malang ini....
Gear di neutralkan,enjin dihidupkan kembali lalu menuju ke kereta tersebut.... "ko bawak motor laju ..! " kata pemandu kereta tersebut, tanpa berlengah aku terus membalas kata-katanya itu, "weii, mu tengok dok belake nak tukar lane ?! ".... Dia senyap tanpa berkata-kata.... Isterinya pula bertanya " adik teruk ke ?".... Aku membalas juga pertanyaan itu, "saya x kiro mano, motor sayo loni ..!"....
Aku tidak sempat menge"check" keadaan motor ku kerna perasaan yang takut bercampur panik.... Dalam beberapa minit selepas itu aku meninggalkan mereka dgn membuat keputusan tanpa berfikir, menyesal pula tidak mengambil bukti2 yang ada.... Tak dapat lahh nak buat report polis.... Sakit,lenguh,luka dan macam2 dapat dirasakan selepas pulang sehinggalah ke saat ini....
Nak tahu keadaan motorsikal ku ? Tengoklah, ni pun gmbr yg diambil selepas dibaiki...
*p/s :: lampu signal ni pecah, ni dh dibaiki ..
*p/s :: skru@nat side mirror tertolak kedalam shingga pecah sdikit cover set....
No comments:
Post a Comment