Hoho Angry Anime Smiley

Saturday, July 9, 2011

Kala Aku Keseorangan

Assalamualaikum w.b.t ,




Aku ! Ye aku , siapa lagi kalau bukan aku iaitu pemilik blog Sehingga Hujung Nyawa. Aku dilahirkan dalam keluarga yang sederhana , tidak kaya dan tidak mampu untuk membeli apa sahaja yang aku inginkan. Jika aku menginginkan sesuatu pastinya aku perlu berusaha keras dan gigih untuk mencapai keinginanku itu. Tetapi harta tidak menjadi penghalang buat keluargaku untuk terus hidup. Aku dibesarkan dengan kesederhanaan oleh kedua ibubapaku. Mereka mahu anak anak mereka belajar untuk hidup dikala kesusahan suatu hari nanti dan belajar untuk berdikari pada suatu masa nanti. Mereka mahukan yang terbaik buat anak anak mereka termasuk aku. Selama berbelas tahun aku dibesarkan kini aku genap usia 17 tahun 5 bulan. Hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi untuk aku berhadapan dengan peperiksaan SPM yang akan bakal aku duduki. Peperiksaan ini akan menunjukkan kebolehan aku sebagai seorang pelajar yang sekian lama menuntut ilmu. Ianya juga akan merubah kehidupan aku pada suatu masa nanti. Dengan ini aku harus menunjukkan dan membuktikan pada semua orang bahawa aku mampu lakukannya.

Apa yang aku inginkan pasti kedua ibubapaku penuhi namun tidak kesemuanya dapat aku miliki. Ye , HARTA dapat memberikan segala gala buat manusia ! Namun bagi aku HARTA itu tidak mampu membeli kasih sayang dan nyawa seseorang apatah lagi ibubapa kita sendiri. Semuanya telah aku terapkan dalam hati dan sentiasa dalam ingatanku. Alhamdulillah aku membesar dengan penuh kasih sayang dan bimbingan agama dari kedua orang tuaku. Mereka telah banyak menyumbang tenaga, masa mahupun wang ringgit untuk aku hidup selama beberapa belas tahun ini. 

Kembali pada usiaku yang kini 17 tahun 5 bulan. Aku mampu untuk melakukan sesuatu yang amat berat dan aku juga mampu untuk berfikir dengan waras. Aku dapat membezakan yang mana buruk yang mana baik. Aku bersyukur kerana aku tidak dibesarkan dalam kemewahan yang mampu membuat diriku alpa dengan duniawi ini. Kadang kala aku berfikir dan termenung keseorangan , "berapa lamakah lagi aku hidup di dunia ini" "apakah aku bisa menjadi seorang manusia yang berjaya dan berguna seperti orang orang sebelumku?" 

Apakah aku bisa lakukan semua itu dan kecapinya ? Aku sendiri tidak tahu mampu atau tidak aku lakukan. Namun aku akan cuba untuk berusaha demi mendapat kehidupan yang lebih baik untuk diriku sendiri. 
Insya-Allah.

Aku juga kadang kala terpikir , "apakah bisa aku mencapai impianku sebagai seorang Pereka Dalaman , dan mempunyai butik impianku sendiri?? YA ! Aku mahu menjadi salah seorang Pereka Dalaman yang terkenal dan mempunyai butik pengantin aku sendiri. Insya-Allah aku akan cuba untuk merealisasikan impianku yang setelah sekian lama aku impikan. Kini apa yang harus aku lakukan ialah belajar dengan bersungguh sungguh dan buktikan pada semua orang terutama keluarga aku bahawa aku mampu menjadi seperti orang lain.

Dengan nama ALLAH yang Maha Besar lagi Maha Penyayang, aku memohon kepadamu berikan aku ketenangan dan kejayaan dalam hidup ini sama ada di dunia mahupun di akhirat. 

Begitulah aku yang dilahirkan sejak dulu hingga kini. Apa yang aku inginkan akan aku cuba dapatkan.
Amin

bersambung......