Hoho Angry Anime Smiley

Monday, September 5, 2011

Raya Datang Lagi ! :)

Assalamualaikum...

Walaupun hari ni dah masuk raya ke-7 tapi rasanya masih belum terlewat untuk aku mengucapkan Salam Lebaran 2011 buat semua kekawan , pembaca blog aku dan muslimin/muslimat yang turut merayakan hari mulia umat Islam.. Cuti sekolah pun dah berakhir dan sekarang aku perlu fokus untuk peperiksaan percubaan SPM dan peperiksaan SPM yang sebenar akan mendatang tak lama lagi.. 


:: gambar diambil selepas solat sunat aidilfitri ::


Raya tahun ini tidak terasa kehangatannya buat aku.. Mungkin ini semua kerna aku ada tugas yang perlu dilaksanakan iaitu memberikan perhatian pada peperiksaan yang bakal aku hadapi nanti.. Walaubagaimanapun , raya tahun ini cukup meriah seperti tahun tahun sebelum ini.... Duit raya ? Hmm , dapat lar sedikit sebanyak dari keluarga terdekat , tapi tak de lah sampai beratus ratus pulak.. 
open house rumah member : raya ke-4 :


Untuk pengetahuan semua , jika anda anda ingin datang beraya dirumah aku (bermula tahun depan) korang datang lar raya pertama ye , sebab rumah aku hanya raya pertama jer ada makanan sedap sedap ni , lepas tu biskut raya dengan sirap jelah korang dapat kalau selain hari itu.. HAHAHA .. So kalau korang nak makan nasi dagang, satay, kuzi dan lain lain datang ler raya pertama (dah terlewat baru nak jemput) 

kat PCB : raya-4 :

... Byebyebye ...




No comments:

Post a Comment