As-salam,
Weyh korang , haaa dah lama betol aku tak update blog kannn? Sory larh weyh , aku busy larh.... Busy study katakan , maklumlah sekarang ni kann tengah exam PKBS 1.... Okey , aku tak nak cerita banyak pasal exam sebab exam kali ni sangat sangat tidak bermakna buat aku! HAHAHA.... Aku nak coretkan kali ini pasal cerita yang sedang disiarkan kat TV3 sekarang ni....
Haaa , Begitukah Cinta tajuk cerita tuh.... Confirm korang mesti ada yang tengok kann? Bestt kannn kannn? Pelakon utama cerita Begitukah Cinta iaitu Nazim Othman semakin popular dan digilai gadis di luar sana. Carian gugel pun menunjukkan nama Nazim Othman tu semakin meningkat. Siapakah Nazim Othman? Nazim Othman atau nama sebenarnya Nushrul Alif bin Othman merupakan seorang pelakon di Malaysia. Nazim dilahirkan pada 16 September 1984 di Sabah. Kemunculannya menyerlah dalam drama Awan Dania. Beliau juga pernah berlakon dalam cerita Ponti Anak Remaja dan juga Asmara. Bekas pramugara ini semakin popular selepas beliau muncul dalam drama terbaru TV3, Begitukah Cinta....
Nazim Othman juga seorang model.... Nazim Othman juga seorang blogger macam kita larh weyh!! HAHA.... Kalau nak skodeng blog dia, korang boleh klik kat [sini]..... So korang pandai pandai larh ye melawat blog dia.... Tapi dia punya last update on May 2010, busy lorh sebab tu tak dapat nak update kot.... Kalau nak jadi kawan dia kat facebook pun boleh, korang klik kat [sini] tapi dah ramai larh yang request jadi kawan dia.... So, korang klik lar kat [sini].... Kat situ korang request lar jadi fan dia....
Korang dah tengok ke cerita Begitukah Cinta yang menarik sekarang ni hah?
Kalau belum , tengok lar Sinopsis Begitukah Cinta dengan klik kat [sini]
Petikan sinopsis :
Nazril (Nazim Othman) yang cuba keluar daripada kepompong kemewahan dan ingin hidup seperti orang kebiasaan yang lain, jatuh cinta terhadap seorang gadis kampung bernama Riana (Ainul Aishah) . Dua watak utama ini juga mewakili isu-isu sosial belia di IPT yang terlibat dalam gejala seperti escort girl, bartender dan GRO bagi menyara kehidupan dan pembelajaran di kolej.
Aida Khalida yang membawa watak ibu kepada Nazril mungkin bakal berjaya dibenci penonton terhadap wataknya sebagai ibu yang bersifat antagonis. Watak hipokrit yang dibawa Shahronizam, juga bakal meninggalkan kritikan sosial yang tajam kepada segelintir masyarakat Melayu kita amnya.
Barisan pelakon Begitukah Cinta
Pasangan hebat dalam drama ini
Salah satu scene yang dilakonkan
Okey , sekarang jom dengar lagu tema cerita ni , best weyh!!
Korang nak? Muat turun OST Begitukah Cinta
Lirik Lagu Aizat – Sungai Lui [OST Begitukah Cinta]
Pejamkan matamu untukku
Dengarlah dunia berkata-kata
Usah kau ragu di sini tempatmu
Walau berubah di mata kita tetap indah
Selagi kau masih percaya
Ketawa kecewa terpisah
Jalan yang lurus kian berhalang
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap kau masih percaya
Buka mata biar aku memelukmu
Kita bersama masih muda masih mentah
Ku harap kau masih percaya
Selama ini
Best weyh!!!! Aku dah syok giler dengar lagu nieyh.... Fuhhh , memang mantop giler larh , cerita pun menarik , lagu tema pun tertarik.... HAHAHA.... Okey larh korang , hope korang enjoy dengan entry kali ni ye.... Aku nak layan lagu tema ni dulu larh ye.... Laaayaaannn ~~~
... Byebyebye ...
No comments:
Post a Comment