Hoho Angry Anime Smiley

Thursday, January 6, 2011

Back to schoo!!

Weyh tak nak sekolah tak nak sekolah. HAHA. Dah seminggu sekolah dibuka dan setakat ini semua ok bagi aku. Huh, cuma yang agak tertekan disebabkan tahun ini aku sudah bergelar sebagai Calon SPM dan akan menduduki SPM pada akhir tahun ini. Waaargghh, tak nak SPM tak nak SPM. HAHAHA. Pape je aku ni kan. Walau macam mane sekali pun SPM WAJIB di lalui oleh setiap manusia. Dah lumrah kehidupan lah katakan. HAHA. 






Entry kali ni just nak bagitau yang sekolah dah buka, tetapi cuaca kat sini makin buruk dan buruk. Buruk macam mane? Haaaa, korang jangan fikir bukan bukan. Cuaca buruk bermakna cuaca yang tidak baik dan langsung tidak mengeluarkan cahaya matahari. Eyh, yeke? HAHA. Kat sini selalu hujan dan mendung. Setakat ini laporan kaji cuaca mengatakan hujan akan berterusan di sepanjang pantai timur sehingga 10 Januari ini. Huh, sekarang baru 06 Januari, lagi empat hari lah gamaknya. Opps, kat sini kat sini tu kat mane ye? Adess, lupa nak bagi tau. Kat sini lahh, kalau dah cakap belah pantai timur tu korang agak agak lah. Kat mane lagi kan, kat Kelantan ni lah. Khusus nya di Kota Bharu ni, tempat tinggal aku. Cuaca yang macam ni menyukarkan aku malahan kebanyakan orang orang lain yang ingin melakukan tugas tugas di luar rumah. Nak pergi sekolah pun susah. Nak tahu kenapa? Sebab bila dah hujan, kebanyakan orang menggunakan kereta untuk menghantar anak anak mereka ke sekolah mahupun hendak ke pejabat masing masing. Susah yang macam mana pulak? Haaa, apa lagi kalau dah hampir semua orang menggunakan kereta? Jadi 'jam' or kesesakan berlaku lah. Menyusahkan betul lah bila dah sesak sesak ni. Nak keluar pun rasa malas je. Hurrm, walau apa apa pun aku harap lepas ni cuaca kat sini kembali elok seperti biasa. Ohhh, nak ucap kan terima kasih bebanyak kat semua follower follower dan semua yang singgah blog aku ni. Terima kasih sekali lagi sudi menjengah blogku ini walaupun tak lah seberapa cantik or kemas or menarik. 





Sekian.

No comments:

Post a Comment