Hoho Angry Anime Smiley

Friday, April 29, 2011

Get Ready for PKBS II

As-salam ,


Selamat petang cikgu ! HAHAHAHA , mana cikgu ni weyh . Gila kau kita sekarang dalam alam siber bukan kat sekolah , Ohh yea ? HAHAHAH , Okay enough Aizuddin ! So lets start with Assalamualaikum w.b.t , and salam sejahtera semua , fuhh . Nampak nye berkurun lama blog aku ni tidak di update ! Kesian kannn ?! HAHA , Aku tak sempat lar nak update blog lately ni , lagi pun dah bersumbat otak aku nak pikir pasal study , itu , ini , blog lagih . Aishhh , enough ! 

Hari ni bukan nak membebel banyak ye kawan kawan . HAHA , aku just nak bagitau pada rakan rakan seperjuangan aku ni hah ! Korang dah bersedia ker nak hadapi PKBS II ni weyh ?! Tinggal beberapa bulan  je lagih nak SPM ni ! gggrr , Tolong tolong ! Aku belum sedia nak SPM ! 

Arrgghh , tak kira macam mana cara sekalipun aku tetap kena hadapi semua ni macam orang yang dah lepas melainkan kita dah tak bernyawa . Betul , betul , betul ! HAHAHA . Okay , aku semakin bosan , bila bosan aku taip ikut suka hati ! HAHA , Okay lar korang semua , papepun doakan aku semoga dapat peningkatan dalam PKBS II berbanding yang first hari tu . Okay okay okay , tak mahu cakap banyak ! 


... Byebyebye ...


Monday, April 4, 2011

Result PKBS 1 !

Assalamualaikum ,


Selamat malam kepada semua . Aaa (mengantok lar) . Okay okay , dengan perangai malas aku sebenarnya tak ada mood sangat nak update entri ni hah . Tapi kalau tak update kan bersemak samun naik tinggi macam aku nanti kan susah pulak ! Adooii , okey kawan kawan sekalian . 

Tajuk kat atas merujuk pada keputusan peperikasaan pertama kalinya aku seorang student form 5 . Apa yang dapat aku katakan hah ? Okay , result teruk !! Ggggr . Hmmm , aku tak nak nyatakan kat sini tetapi pada member yang sama sekolah dengan aku konpem korang dah tahu kan ? Erkk , ada yang belum tahu ker ? Okay , padan muka kau !
HAHAHA

Okay , aku mengantuk sangat ni . Sooooo , jom tido jom . See you all at another time . 


... Byebyebye ...


Thursday, March 17, 2011

Motorsikal langgar kereta parking !

As-salam ,


Assalamualaikum semua ! Selamat pagi dan salam sejahtera . Korang pernah dengar tajuk kat atas tu ? Motorsikal langgar kereta parking ! Agak pelik bunyi nye ? Tapi itu lar kenyataan yang berlaku sekitar kawasan rumah aku pada 2 hari lepas sekitar jam 7.00 petang . 

Keadaan motorsikal yang belum dikeluarkan 
(Nouvo LC)


So , pada sesiapa yang belum lihat kejadian seperti ini , boleh lar tengok kat atas tu ! Agak terkejut ye ? Well , perkara macam ini kita tak boleh jangka . Ajal , maut , jodoh , pertemuan dan segala gala nye di tangan Allah S.W.T. . Kejadian ini boleh dijadikan iktibar buat semua ! Dan syukur alhamdulillah penunggang motorsikal ini tiada apa apa yang parah . Kejadian ini boleh berlaku dimana mana tidak kira tempat atau masa . Jadi sama sama lah kita renungkan dan jadikan ianya sebagai pengajaran . 
Sekian ,


... Byebyebye ...


Hari Outing Yang Malang

Assalamualaikum ,

Okey , FINE . Riding motorsikal member okey , this not my own !


Selamat pagi Jumaat lagi korang ! HAHA . Tadi baru update pasal birthday BFF aku . Hmm , kali ni nak update pasal aku outing bersama BFF aku seramai 5-6 orang i think . Okey , kali ni kami bercadang nak gegarkan bandar Kota Bharu ! HAHAHA . First we all jumpa kat Mc Donald kat depan Nagoya tuh ! (bagi yang duk kelantan tahu lar) So , bila dah jumpa kat situ automatik orang kata nak lunch sekali kan ? So we all masuk lar ke dalam Mc Donald tu for our lunch . Masing masing kelaparan dek menunggu ketibaan sorang sorang , Huh . Agak menyakitkan ! HAHAHA

Erk , aku bila KELAPARAN ! HAHA

Okey , gambar di atas tu di captured selepas makan seingat aku larh ! Hmm , agak pelik ye gambar tu ? HAHAHA . Okey okey , next image please !!



Erk , agak nye tu kot gambar yang sempat aku captured ! Lepas makan tu ingatkan nak bergambar beramai ramai . Tapi agak ketiadaan mood apabila bad news come from my friends . Agak terkejut , dan agak kelam kabut ! Ape bad news tu ? Erk , tak payah lar cerita , buat malu jer . Pada sapa sapa yang dah tahu tu , tape lar ! HAHAHA . Okey lar , penat weyh taip keyboard ni tak berhenti ! Sakit sakit sakit tangan aku ni ! HAHAHA


... Byebyebye ...

Asyikin , Selamat Hari Jadi

Assalamualaikum ,

Hey korang , whats up ? Pagi pagi Jumaat yang ceria ini aku doakan korang semua happy dengan kehidupan masing masing ye . Hmmm , kalau korang dah tengok tajuk kat atas tu mesti dah boleh agak kan ? Erk , pasal birthday lagi ? OMG . Takde benda lain ke aku nak update hah ? HAHA . Tape lar , janji update kan ? Okey , kali ni birthday BFF aku yang tersayang , iaitu Asyikin . Kali ni aku tak sempat nak kacau kek untuk dia . Sory weyh !! Bukan sengaja , sebab minggu tu kan minggu exam . So , fokus study sikit ( ceh , study konon , HAHA ) Okey lar , walauapapun dia bawak sendiri weyh kek . Erk , katanya itu hasil kerja abang ipar dia . Kan kan kan ? Erk , okey lar . 

..... scroll bawah jap .....

.....
.....
.....
.....
.....

Happy Birthday Nurul Asyikin !

Nampak sedap kan ? Korang tak makan ! HAHA . Okey , actually memang kek ni sedap weyh ! Tak percaya korang buat sendiri dan makan sendiri . Okey ? HAHA .

scroll lagi weyh ! 

.....
.....
.....
.....
.....

Antara member gurl yang join 


Salah seorang member aku yang kelaparan ! HAHA 
*sory pijie , gambar kau dalam ni*


Dah habis pakat pakat makan kek tu so tinggal lar sekeping , macam kat bawah ni hah :


HAHAHA . Lawak ke ? Agak kelakar bila semua buat tak tahu apabila kek tinggal macam tu . Jahat korang , termasuk aku weyh ! HAHA . Okey , dah nak habes bebelan baru teringat aku lupa nak bagitau bila birthday Asyikin ni hah . Okey , her birthday is on 9 March , baru baru ni . Weyh , sebulan je dari birthday aku weyh ! HAHA . Okey lar . Setakat ni untuk entri ni . Aku nak update yang lain pulak ! Jangan lupa baca taw ! 


... Byebyebye ...


Sunday, March 13, 2011

Zarif sudah sembuh !

As-salam ,


Selamat selamat pagi semua ! HAHA .... Weyh weyh weyh korang semua ! Nak tahu tak Zarif dah sembuh weyh!!! Yeahhh yeahhh , lega hati semua Zarif dah kembali macam biasa , Alhamdulillah , thanks to Allah.... 


Ni masa kat hospital , menurut mamanya Zarif ditahan selama 3 hari 2 malam ni hospital.... Dapat jugak Zarif merasa suasana ward kecik kecik ni.... HAHA.... Okey lar , ada satu lagi gambar yang aku curi dari Facebook mamanya.... HAHA


Zarif yang sedang tidur tak mahu bangun disebabkan kepenatan yang terlampau... Apa yang dibuatnye sampai penat macam tu sekali hah?! Nak tahu ?! Haaa , satu ward dikerjakan Zarif hah , orang kata ziarah menziarahi kannn.... So , jalan jalan lar si Zarif dalam ward tu hah! HAHAHA....


Sekarang Zarif dah boleh balik!! yeaaaahhh .... Thats mean Zarif dah sembuh lar ye?! Happy sungguh mama dan papa Zarif apabila doktor dah bagitau yang Zarif boleh discharge semalam.... Sekarang Zarif dah kembali macam dulu !!! Tengok lar tu gelak sebesar besar nye.... Hehehe....

mood :: turut gembira !

... Byebyebye ...

KAMI bahagia kalau kamu bahagia

As-salam ,


Hye hye hye korang semua !! HAHAHA.... Weyh weyh , asal aku gelak gelak ni hah?! Tak betol ke hah? NO NO NO , bukan macam tu lar , aku just happy.... Aku gembira kawan kawan aku gembira kannn?! Siapa tak happy tengok member dia happy kannn? Okey okey , so entri kali ini aku tujukan khas buat teman baik aku iaitu Nor Fatihah ! Weyhh , nama kau masuk dalam blog aku tuhh!!! HAHAHA.... Yang lain jangan jeles! Okey okey , nanti aku senaraikan nama nama korang kalau ada yang jeles lar.... HAHAHA

Kawan aku ni sejak dari primary school lagi kami get in touch! Since primary school until now we are Form 5 , agak lama kannn?! Itulah nama kawan baik! Actually , ada lagi makhluk Allah iaitu Asyiqin Amni , haaa dia pun sama lar.... Kami 3 orang ke primary school yang sama dan sampai sekarang still together.... HAHAHA

Then , entri kali ni untuk pengetahuan member aku Fatihah , haaa.... Jeng jeng jeng ! KAMI bahagia kalau kamu bahagia ! FINE!! That its, HAHAHA.... Aku , Amni dan Diana bahagia tengok kamu bahagia ! Okey?!  So , teruskan teruskannn oohh (nyanyi larh pulak) relationship korang tu ye! Kami tak halang , nak nasihat? Come come to us get an advise.... So , esok kita orang nak keluar gegarkan bandar Kota Bharu larh weyh!! Jom jom jom join aku ! Lets us , so kena tidur awal nampak sebab nak berjalan banyak esok ni.... HAHAHA.... Okey lar , setakat ni entri kali ni ye....

~Happy~

... Byebyebye ...

Cuti Penggal

As-salam ,

Selamat malam buat semua followers dan pembaca blog aku yang tak seberapa meriah ni.... Hmmm , kali ni aku nak story pasal cuti sekolah bulan Mac ni yang sedang ku lalui sekarang....

"Disini aku masih sendiri,
Merenungi hari hari sepi,
Aku tanpamu masih tanpamu,"

Cuti penggal kali ni agak lain rasanye , hmmm kenapa ye ? Kenapa weyh ?!! Kalau korang nak tahu , parents aku sekarang kat Mekah sedang menunaikan umrah.... Thats why lar aku rasa agak lain disebabkan ketiadaan mereka.... Hmmm , hari ni masuk dua hari parents aku kat sana.... " ma , abah doakan anakmu untuk SPM akhir tahun ini ye "  , setiap malam rasa sunyi aje , selalunye mesti meriah bunyi itu bunyi ini.... Hmmm , "yaAllah , lindungilah ibubapa ku dalam sepanjang perajalan mereka ini," 


Homework kali ni pun agak bernasib baik tidak banyak yang aku terima , HAHA.... Seingat aku hanya kerja rumah Bahasa Melayu yang perlu disiapkan dalam cuti ni.... Hmm , masih awal lagi kot nak siapkan kannn?! HAHAHA.... Kerja aku sepanjang cuti ni hanya mengadap 'FACEbook' tanpa melihat isi kandungan.... HAHAHA.... Okeylah korang , setakat ni untuk entry ini.... Aku nak update untuk entri seterusnya....

... Byebyebye ...





Monday, March 7, 2011

As-salam,

Weyh korang , haaa dah lama betol aku tak update blog kannn? Sory larh weyh , aku busy larh.... Busy study katakan , maklumlah sekarang ni kann tengah exam PKBS 1.... Okey , aku tak nak cerita banyak pasal exam sebab exam kali ni sangat sangat tidak bermakna buat aku! HAHAHA.... Aku nak coretkan kali ini pasal cerita yang sedang disiarkan kat TV3 sekarang ni....


Haaa , Begitukah Cinta tajuk cerita tuh.... Confirm korang mesti ada yang tengok kann? Bestt kannn kannn? Pelakon utama cerita Begitukah Cinta iaitu Nazim Othman semakin popular dan digilai gadis di luar sana. Carian gugel pun menunjukkan nama Nazim Othman tu semakin meningkat. Siapakah Nazim Othman? Nazim Othman atau nama sebenarnya Nushrul Alif bin Othman merupakan seorang pelakon di Malaysia. Nazim dilahirkan pada 16 September 1984 di Sabah. Kemunculannya menyerlah dalam drama Awan Dania. Beliau juga pernah berlakon dalam cerita Ponti Anak Remaja dan juga Asmara. Bekas pramugara ini semakin popular selepas beliau muncul dalam drama terbaru TV3, Begitukah Cinta.... 





Nazim Othman juga seorang model.... Nazim Othman juga seorang blogger macam kita larh weyh!! HAHA.... Kalau nak skodeng blog dia, korang boleh klik kat  [sini]..... So korang pandai pandai larh ye melawat blog dia....  Tapi dia punya last update on May 2010, busy lorh sebab tu tak dapat nak update kot.... Kalau nak jadi kawan dia kat facebook pun boleh, korang klik kat [sini] tapi dah ramai larh yang request jadi kawan dia.... So, korang klik lar kat  [sini].... Kat situ korang request lar jadi fan dia....

Korang dah tengok ke cerita Begitukah Cinta yang menarik sekarang ni hah?

Kalau belum , tengok lar Sinopsis Begitukah Cinta dengan klik kat [sini]




Petikan sinopsis :
Nazril (Nazim Othman) yang cuba keluar daripada kepompong kemewahan dan ingin hidup seperti orang kebiasaan yang lain, jatuh cinta terhadap seorang gadis kampung bernama Riana (Ainul Aishah) . Dua watak utama ini juga mewakili isu-isu sosial belia di IPT yang terlibat dalam gejala seperti escort girl, bartender dan GRO bagi menyara kehidupan dan pembelajaran di kolej.
Aida Khalida yang membawa watak ibu kepada Nazril mungkin bakal berjaya dibenci penonton terhadap wataknya sebagai ibu yang bersifat antagonis. Watak hipokrit yang dibawa Shahronizam, juga bakal meninggalkan kritikan sosial yang tajam kepada segelintir masyarakat Melayu kita amnya.
Barisan pelakon Begitukah Cinta
Pasangan hebat dalam drama ini
Salah satu scene yang dilakonkan
Okey , sekarang jom dengar lagu tema cerita ni , best weyh!!
Korang nak? Muat turun OST Begitukah Cinta

Lirik Lagu Aizat – Sungai Lui [OST Begitukah Cinta]
Pejamkan matamu untukku
Dengarlah dunia berkata-kata
Usah kau ragu di sini tempatmu
Walau berubah di mata kita tetap indah
Selagi kau masih percaya


Ketawa kecewa terpisah
Jalan yang lurus kian berhalang
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya

Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap kau masih percaya

Buka mata biar aku memelukmu
Kita bersama masih muda masih mentah
Ku harap kau masih percaya

Selama ini

Best weyh!!!! Aku dah syok giler dengar lagu nieyh.... Fuhhh , memang mantop giler larh , cerita pun menarik , lagu tema pun tertarik.... HAHAHA.... Okey larh korang , hope korang enjoy dengan entry kali ni ye.... Aku nak layan lagu tema ni dulu larh ye.... Laaayaaannn ~~~

... Byebyebye ...

Thursday, March 3, 2011

Tutorial "Share" button untuk blog..

As-salam ,

Dengan hanya beberapa klik sahaja, ianya sudah siap sedia untuk dikongsi di profile facebook. Share button ni jugak boleh menarik pembaca untuk membaca blog korang taw.... Korang cuba larh ye....

Okey , cara caranya korang boleh tengok kat bawah ::

1. Pilih jenis facebook share button yang korang suka, kemudian copy code yang diberi.


Code untuk Full

<div style="float:right;padding:4px;">
<a expr:share_url='data:post.url' name='fb_share' rel='nofollow' type='box_count'/>
<script type="text/javascript" src="http://static.ak.fbcdn.net/connect.php/js/FB.Share"/>
</div>


Code untuk Compact
<div style="float:right;padding:4px;">
<a expr:share_url='data:post.url' name='fb_share' rel='nofollow' type='button_count'/>
<script type="text/javascript" src="http://static.ak.fbcdn.net/connect.php/js/FB.Share"/>
</div>

2. Login akaun blogger, dari dashboard > design > edit HTML > Expand Widget Templates (Jangan lupa backup template)

3. Menggunakan fungsi find (ctrl + F), cari kod ini.
<div class='post-header-line-1'/> 


jika tidak jumpa, cari kod ini.
<div class='post-header-line-1'> 




4. Selepas itu paste kod share button (langkah 1) DIBAWAH kod yang anda cari (langkah 3)

5. Save template dan lihat hasilnya.


... Byebyebye ...